Wednesday, September 10, 2014

CERPEN: Aku Terima Cinta Abang Sayang


Pandangannya jauh terlempar ke lautan luas mengagumi keindahan ciptaan Tuhan. Sungguh mendamaikan, semua masaalah terasa hanyut bersama ombak yang menerjang pasir pantai. Ingatannya kembali menerjah peristiwa yang berlaku pagi tadi. Inai di jari bersama cincin di jari manisnya yang menunjukkan dirinya sudah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Azril Afiq.
                                           
 “Azril Afiq, kenapa dia sanggup menggantikan tempat bakal suamiku?” Soalan itulah yang selalu bermain di benak Nur Fasya Hazura semenjak majlis akad nikahnya bersama Afiq semalam.

 “Sayang,” sapa Afiq yang terus merangkul pinggang isterinya yang membuatkan lamunannya terhenti dan denyutan nadinya yang seakan tidak mengikut rentak dan darahnya berhenti mengalir sejenak.

“Tentu sayang dah kenal dengan papa dengan mama kan? Yang ini plak adik abang, Fikah nama dia..yang ni my eldest brother, Azrul Aqif dengan wife dia, Kak Shima. Kak Syika ni plak anak kedua..yg sebelah dia tu Abang Azim, suami Kak Syika dan budak comel yang Abang Azim dukung tu plak anak diorang Haikal nama dia..”

“Apa khabar pa, ma?” Sapa Fasya dengan suara yang tersekat-sekat sambil menyalami kedua orang mertuanya biras sarta adik ipar perempuannya.

~*~*~*~*~*~

Selepas acara itu selesai, semua tetamu telah pulang meninggalkan pengantin baru di chalet kepunyaan Afiq yang berada di sekitar pantai tersebut.

“Azril Afiq..” hati Fasya bersuara ketika memandang gambar Afiq yang tergantung cantik di dinding bilik. “Apa niat kau sebenarnya? Kesian atau dendam?” satu lagi pertanyaan yang timbul di benaknya sambil menahan debaran di dadanya apabila menyedari dirinya berada di dalam bilik itu bersama musuh yang telah sah menjadi suaminya.

Sedang Fasya sibuk melempar setiap soalan di mindanya pada gambar itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Fatin Munirah, sahabatnya yang sedang berada di Tokyo, Jepun menghantar pesanan ringkas yang menyatakan bahawa dia ingin menghubungi Fasya melalui jejaring sosial ‘Skype’.

Dengan pantas Fasya menuju ke meja kerja tempat dia menyimpan lap top kesayangannya, lalu membuka account skypenya. Beberapa saat kemudian talian pun tersambung.

“Fasyaaaa..............” teriak Fatin.

“Woi! Kalau yer pun bagilah salam dulu, nak sangat ke pegi majlis bertahlil?”

“Hehehe..sorrylah babe..aku teruja sangat tadi..Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam. Sampai hati kau kan tak datang majlis aku?”

“Maaflah Sya..aku tau aku salah..aku bukan sengaja. Tetiba bos nak aku pegi seminar kat Tokyo ni..nanti aku balik kita jumpa ek? Janganlah marah lagi..”

“Yelah..apa angin kau tetiba call aku ni?”

“Saja nak ucapkan Selamat Pengantin Baru..So macam mana life kau lepas dah jadi bini orang ni? Malam ni first night kau ngan Zul kan? Good luck ek? Hehehe..”

“Zul? First night?” melihatkan wajahnya yang tiba-tiba pucat.

“Wei! Relax la..aku yakin Zul mesti take care kau kaw-kaw punyer..no need to worry lah..”

“Hai Fatin!” tegur Afiq yang tiba-tiba muncul dan meletakkan dagunya di bahu Fasya yang membuatkan Fasya terpaku.

“Hai Afiq..! Rindu betul aku kat kau..” tersenyum lebar sebelum menyedari yang berada di sebelah sahabatnya itu adalah sepupunya. “Afiq?!”

“Woi! Kau suka kan buat orang terkejut? Dah kaya sangat ke nak belikan aku uniform putih?”

“Macam..macammana kau boleh ada dalam bilik tu dengan Fasya?”

“Suka hati akulah nak masuk bilik yang mana..dah nama pun chalet ni aku yang punya..” meninggalkan Fasya untuk menilik wajahnya di depan cermin.

“Fasya..Afiq tu? Zul? Apa?”

“Fasya tidur kat sini dengan aku..” jawab Afiq yang sudah berbaring di atas katil bersaiz kingnya.

“Err..nanti-nanti aku story kat kau ek?” dengan suara yang kedengaran seperti berbisik untuk mengelakkan dari di dengar oleh suaminya.

“Dah sudahlah tu Fatin oi..esok-esok jelah kau interview bini aku tu..tak tau ke yang kitorang dah penat? Nak tido ni..” arah Afiq tanpa melihatkan wajahnya kepada Fatin.

“Bini?!” jerit Fatin yang semakin terkejut dengan kenyataan sepupunya itu.

“Leher kau tak sakit ke dari tadi tak sudah-sudah asyik menjerit ajer? Kan aku dah kata..ada masa nanti aku story la..nak cerita sekarang memang tak boleh babe..”

“Nak aku tak tidur malam ke wei? Storylah cepat.”

“Tak boleh..nanti-nanti aku story la..kau balik sini nanti kita jumpa. Masa tu aku akan story kat kau dari ‘A to Z’ ok? Dah dulu ek? Kalau boleh memang aku nak berbual ngan kau sampai ke pagi..tapi aku tak sedia lagi nak dapat tambahan derhaka kat title isteri yang aku pegang sekarang ni..sorry ek? Assalamualaikum.” Terus memutuskan talian dan dengan perlahan menutup lap topnya sambil duduk kaku di kerusi yang di dudukinya.

“Tercegat apa lagi kat situ? Tak reti nak tidur?”

“Err..ok..” dengan suara yang terketar-ketar, Fasya bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu.

“Tu nak pegi mana plak tu?” tegas suara Afiq menghentikan langkah Fasya.

“Nak tidur..kat luar..” dengan lambat dan suara yang tersekat-sekat, Fasya menjawab soalan Afiq.

“Apa? Katil kat bilik ni tak cukup besar ke sampai nak tidur kat luar?”

“It’s your bed. Jadi aku rasa aku tak nak menyemak kacau kau tidur..so it’s more better for me to sleep in the living room..”

“Jangan nak ngada-ngada. Kau bini aku tau tak? Nanti apa-apa jadi kat kau kat luar tu orang kata aku tak pandai jaga bini plak.”

“Kau nak naik katil ni sendiri atau nak aku dukung kau? Aku dah mengantuk giler ni.” Sambung Afiq setelah melihat Fasya kaku berdiri di tempatnya.

“Err..takpelah, aku tidur kat sofa jer..” sambil menuju ke sofa yang terdapat di bilik tersebut.

“Suka hati kau lah. Tapi sebelum tu tolong tutup lampu tu.” Membuka lampu tidur.

~*~*~*~*~*~

Subuh keesokan paginya, Fasya terjaga untuk menunaikan Solat Fardhu Subuh dan terkejut bila mendapati yang dirinya sedang terbaring dikatil Afiq.

“Biar betul?” terus terduduk dan melihat di sebelahnya. “Fuh..Alhamdulillah..tapi mana dia pegi?” melihat sekeliling dan mendapati ada seseorang sedang terbaring tidur di tempatnya tidur malam sebelumnya.

Dengan langkah perlahan, Fasya menghampiri sofa itu untuk melihat gerangan orang yang tidur di situ.

“Afiq..” suara hati Fasya sambil duduk bersila di depan Afiq yang masih nyenyak tidur. “Kesian plak aku tengok dia ni..sebab aku dia terpaksa tidur kat sini..maafkan aku yer Afiq? Terima kasih sebab tolong aku dan jaga maruah keluarga aku..aku sayang kau.”

Sedang Fasya berbisik sambil menilik wajah Afiq, tiba-tiba bunyi guruh berdentum yang membuatkan Fasya terkejut dan secara spontannya melompat dan memeluk Afiq.

“Wei! Apa kau buat ni? Nak perkosa aku ke apa? Aku masih teruna lagi tau tak?” sambil memisat-misat matanya.

“Jangan nak perasan sangat ok..tengok muka kau pun aku dah loya semacam tau tak?” terus berdiri.

“Lorh..kau peluk aku tak sampai seminit takkan dah mula loya..kuat jugak penangan aku ni kan? Nak aku bawak kau pegi buat pregnancy test tak?” sambil tersenyum nakal. “Tu nak pegi mana plak tu?” Tanya Afiq ketika melihat Fasya yang sudah pergi menjauh darinya.

“Nak mandilah. Kejap lagi nak Subuh. Bangun cepat.” Meloloskan dirinya ke dalam kamar mandi.

“Hm..Fasya..Fasya..kalaulah kau tau yang Zul batalkan pernikahan tu sebab aku, kau marah aku tak? Fuh..seandainya kau tau betapa sayangnya aku kat kau.” Ngomel Afiq sendirian.

~*~*~*~*~*~

Sebulan berlalu, Afiq sudah membawa Fasya berpindah ke rumahnya yang baru siap di bina dua bulan sebelumnya. Di rumah itu Fasya dan Afiq tidur di dalam bilik berasingan namun berdepanan.

“Dah bangun ke belum Fasya ni? Selalu dia yang sibuk bangunkan aku pagi-pagi nak ajak Solat Subuh. Tengah cuti ke? Tapi masa cuti pun dia sibuk jugak..ni tak boleh jadi ni, aku kena pegi tengok jugaklah nampak gayanya.” Keluar dari bilik solat tersebut dan terus menaiki tangga menuju ke bilik Fasya yang terletak di tingkat dua.

Sesampainya di depan bilik Fasya, Afiq semakin risau apabila panggilan dan ketukannya tidak bersahut. Mujur saja Afiq ada menyimpan kunci pendua bagi setiap pintu di dalam rumah itu. Tanpa berfikir panjang, Afiq terus saja membuka pintu tersebut dan mendapati Fasya sedang tidur nyenyak di atas katil dengan selimut yang menutupi seluruh badannya.

“Fasya..dah subuh ni..dah solat belum?” perlahan suara Afiq dari muka pintu.

“Tidur mati ke apa dia ni?” kata hati Afiq untuk menutupi kerisauannya lalu mendekati Fasya. Jantung Afiq tiba-tiba berdetak kencang kerana semenjak perkenalannya dan Fasya, inilah kali pertama dia melihat aurat Fasya.

“Adoiyai..masa ni gak lah jantung aku sibuk nak berdebar..taulah malam pertama dulu pun Fasya tidur pakai tudung..tapi takkanlah baru  tengok dia tak bertudung kau dah gabra Fiq?” Kembali hatinya bersuara.

“Er..Fasya..Fasya..bangun..dah subuh ni..” sambil menggoncang perlahan bahu Fasya. “Eh?! Macam panas jer badan budak ni?” meletakkan belakang tangannya di dahi isterinya.

“Afiq..” dengan suara yang lemah, Fasya membuka perlahan matanya. “Maaflah, aku tak kejutkan kau hari ni..kepala aku berat sangat..hari ni kan hari minggu, aku rasa nak rehat dulu. Lagipun hari ni aku cuti,” sambung Fasya yang kelihatan agak pucat.

“Kau ok tak ni?” tanya Afiq risau.

“Ok..lepas rehat nanti Insyaallah baik lah.”

“Aku rasa kau macam tak ok jer..dengan demam panas macam ni..muka kau pucat mayat, badan lemah, kau kata ok?”

“Aku ok..janganlah risau..dah solat ke?”

“Dah..ingatkan kau dah solat dulu tadi..tu yang aku tak tunggu tu..”

“Kalau macam tu pegilah bersiap..hari minggu ni kan kau kena pegi chalet..kejap lagi aku sediakan sarapan. Bagi aku rehat 15 minit?”

“Takpe..kau rehat jer. Aku boleh sarapan kat luar. Aku pegi kejap jer, bila semua dah beres aku balik jaga kau kat rumah ek?”

“Ala..tak payah susah-susah..Aku boleh jaga diri.”

~*~*~*~*~*~

15 minit berlalu, matahari mulai manampakkan dirinya. Afiq sudah bergegas untuk keluar untuk melihat perkembangan chaletnya seperti hari-hari Minggu yang sudah. Baru ingin melangkahkan kaki keluar, Afiq di kejutkan dengan kehadiran sepupunya Fatin yang sedang berdiri di muka pintu.

“Kus..semangat..kau ni dari kecik semut sampai besar gajah pun tak berubah jugak. Asyik mengejutkan orang jer..” tegur Afiq sambil mengurut dadanya.

“Hehehe..sorrylah bro. Aku cuma nak bagi surprise jer..tak sangka plak kau surprise betul-betul..hehe.”

“Kalau yer pun nak bagi surprise..bagi salam lah dulu. Ini tidak..tiba-tiba tercegat kat depan pintu macam patung cendana bernyawa.”

“Lupa plak aku..Assalamualaikum wahai sepupu merangkap abang yang tua tiga hari yang juga merupakan abang sesusuan ku Azril Afiq bin Dato’ Jalil,” sapa Fatin sambil tersengih melihatkan giginya yang putih bersih bagai model iklan ubat gigi.

“Wa’alaikumsalam. Bukan kau sepatutnya kat Jepun dua bulan ke? Ini baru sebulan lebih. Kau lari ke berenti kejer?”

“Chait! Suka sangat berprasangka buruk kat aku..seminar tu habis awal..awal lah aku balik.”

“Bila?”

“Baru jer sampai tengah malam semalam. Kau tak nak ajak aku masuk ke Fiq?”

“Nak masuk ke? Ingatkan tak nak..jemputlah masuk..”

Apabila Fatin menjejakkan kakinya di dalam rumah tersebut, matanya terpegun melihat isi rumah yang teratur serta mewah itu.

“Ni nak apa pagi-pagi dah datang rumah orang ni?”

“Aku datang sini pun dah kira bagus tau? Kan tetemu tu membawa berkah..jadi kau kena bersyukur dengan kedatangan aku hari ni..” sambil tersenyum bangga. “Oh! Aku datang ni nak dengar story antara kau dengan Fasya yang entah menghilang pegi mana..”

“Kau tanyalah sendiri kat Fasya.”

“Nak tanya macam mana? Semenjak malam tu aku nak hubungi dia pun susah tau tak? Aku datang rumah dia pun mak ayah dia kata dia dah tinggal kat rumah laki dia..”

“Kalau kau nak jumpa dia, dia ada kat atas. Tengah berehat atas katil.”

“Hah?! Kau buat apa kat dia? Kau jangan Fiq..dia tu bini orang..”

“Bodoh! Kau tak boleh fikir benda lain ke selain dari benda tu? Dia tengah demam..tu yang aku suruh dia rehat kat bilik. Kebetulan kau ada kat sini, tolong tengok-tengokkan dia boleh tak? Aku nak keluar kejap. Jom aku bawa kau pegi bilik dia.”

Sesampainya di depan bilik Fasya, Afiq pun membuka pintu dan mengarahkan Fatin mengikutnya masuk ke dalam bilik tersebut.

“Ok lah. Fatin, kau tolong jaga Fasya tau? Aku pegi kejap jer. Kalau ada apa-apa dengan Fasya kau call aku tau? Sya, aku pegi dulu ek? Jaga diri elok-elok. Sebelum tengahari nanti aku balik.” Mencium dahi isterinya lalu memberi salam dan keluar dari bilik tersebut.

~*~*~*~*~*~

3 hari berlalu, Fatin sedang menunggu kedatangan seseorang di dalam sebuah kafe sambil memikirkan kebenaran cerita Fasya yang menyatakan sepupunya Afiq adalah suami kepada sahabatnya itu.

“Woi! Tengah berangan pasal pakwe baru kat Jepun ke?” sergah Afiq yang sudah duduk di kerusi di depan Fatin.

“Sewel! Jatuh jantung aku, nasib baik sempat sambut.”

“Salah kau gak. Nak terkeluar anak tekak, berbuih mulut aku panggil kau tadi tau tak?”

“Fasya mana tak datang?”

“FYI kitorang tak pernah lunch sesama pun sebenarnya..dekat office jer kitorang nampak bahagia keluar lunch sama-sama..keluar bangunan, buat haluan masing-masing.”

“Apsal kau buat macam tu?”

“Giler kau. Kalau aku dekat dia susah tau tak nak cover feeling aku..maunya dia tau? Malulah aku..”

“Kau ni ego lebihlah wei! Kalau dia lepas ke tangan orang lain putihlah mata kau Fiq..”

“Kau ni kan, kalau yer pun do’a kanlah yang elok-elok..birthday dia hujung bulan ni aku bagitaulah..”

~*~*~*~*~*~

Pada masa yang sama di dalam bangunan Syarikat Bersatu Holdings milik ayah Fasya, Dato’ Haziman dan bapa mertuanya, Dato’ Jalil, Fasya sedang meratapi nasibnya sambil mengingat perkara yang berlaku di antara dirinya, bekas tunangnya dan suaminya pada hari pernikahannya.

*#*#*#*#*#*#*#*

Fasya hairan melihat ayahnya memegang bahu abangnya dari tingkap biliknya.

“Apa yang berlaku tu kak?” tanya Fasya kepada kakak iparnya, Zana.

“Entahlah dik.”

Akhirnya soalan Fasya terjawab setelah Azmeer menerangkan hajatnya yang sebenar untuk mengambil semula cincin pertunangannya dan membatalkan majlis pernikahan . Sedang Datin Rudaini dan Datin Halina yang juga turut berada di situ sibuk menenangkan Fasya, tiba-tiba Afiq datang dengan nafas yang tercungap-cungap.

“Pak cik, takkan nak batalkan macam tu ajer.” Tiba-tiba Afiq bersuara dengan lantang yang membuatkan semuanya tercengang melihat dirinya.

“Afiq!” Marah Dato’ Jalil dengan suara yang tegas namun perlahan.

“Sabar pa. Afiq tau papa nak cakap apa..papa nak suruh Afiq jangan masuk campur kalau tak tau hujung pangkal cerita ni kan? Afiq dah tau cerita ni dari Azmeer pa, Afiq rasa Afiq boleh gantikan tempat Zul kalau itu mampu mengembalikan maruah keluarga Pak Cik Ziman.”

“Fasya?” lembut suara Dato’ Haziman untuk mendapatkan kepastian anak bongsunya.

“Baik kata abah, baik jugaklah kata Sya bah. Abah berhak untuk menentukan jodoh Fasya.” Dengan sendu Fasya menjawab pertanyaan abahnya.

Setelah berfikir sejenak, Dato’ Haziman pun menyatakan persetujuannya untuk menerima Afiq sebagai menantunya.

*#*#*#*#*#*#*#*

“Dik..Fasya..” sambil melambaikan tangannya di depan muka adik tunggalnya itu.

“Bang..sorry lah tak sedar abang masuk tadi..” sambil mengemas mejanya.

“Tak keluar lunch dengan Afiq ke?”

“Dia keluar makan dengan Fatin hari ni..malaslah Sya nak ikut. Abang plak? Tak balik makan ke?”

“Kak Zana hari ni balik kampung lah dik. Takde orang kat rumah..jom teman abang lunch? Abang belanja.

“Ok..jom.”

~*~*~*~*~*~

Setibanya di dalam sebuah restoran yang terletak hanya beberapa blok dari bangunan Syarikat Bersatu Holdings, Fasya dan Zahin terpandang Afiq yang sedang rancak berbual dengan Fatin di satu sudut restoran tersebut. Zahin yang mulanya ingin menegur adik iparnya itu mematikan niatnya apabila Fasya menarik lengannya untuk duduk di meja berdekatan dengan meja Afiq dan Fatin.

“Nasib baiklah kerusi dalam kedai mamak ni tinggi..dapat gaklah aku curi-curi dengar perbualan diorang. Manalah tau diorang tengah mengumpat aku kan?” tutur Fasya dalam hati.

Sedang Fasya dan Zahin menjamu selera, kedengaran suara Fatin merungut dan mengarahkan Afiq menerangkan sesuatu kepadanya.

“Fiq, sirious lah sikit..dari tadi kau tak habis-habis mengelak bila aku tanya pasal story kau, Zul ngan Fasya..cerita lah wei..aku tau kau tau sesuatu. Aku janji takkan cakap kat sesaper.” Menghirup air teh limaunya sambil menanti jawapan Afiq.
“Ok..kau tak nak cerita sudah. Biar aku buat andaian sendiri yang kau sebenarnya dah bunuh Zul semata-mata nak kawin dengan Fasya, gadis pujaan kau tu..lepas tu kau nak tutup kesalahan kau dengan ugut keluarga Zul untuk bagitau keluarga Fasya yang Zul nak batalkan perkahwinan dia dengan Fasya hari tu.” Sambung Fatin setelah lama Afiq berdiam diri.

“Astaghfirullah al azim..tak tergamak aku nak buat semua tu tau? Tapi syukur Alhamdulillah aku dapat sepupu plus adik yang suka bagi aku pahala free macam kau ni Tin. Terima kasihlah sebab fitnah kau tu dah tambah berat kat bahu kanan aku ni.” Sambil tersenyum Afiq menuturkan kata-katanya yang tanpa di sadari juga di dengar oleh isterinya.

“Kau tau kan yang aku sayang sangat kat Fasya sejak aku tau dia yang selamatkan aku masa aku kemalangan dulu?”

“Iya..aku tau..masa tu kau dengan Fasya saling membenci sebab kau dah terlanggar dia dan jatuhkan paper work dia yang perlu di hantar pada hari tu ke dalam longkang..banyak kali kau kata maaf tapi dia tak terima. Lepas tu seminggu kemudian kau accident terlanggar pokok dan Fasya yang kebetulan lalu kat jalan yang sememangnya sunyi tu yang bawa kau pegi hospital. Bila kau bangun terus kau marah dia sebab ada kat bilik wad tu sampai buat dia lagi benci kat kau. Then suddenly you falling love with her bila papa Jalil ngan mama Halina bagitau dia yang selamatkan kau. So, apa kaitan semua pertanyaan pelik kau ni dengan jawapan bagi soalan aku?” dengan perasaan geram Fatin menceritakan kembali kenangan lalu antara sepupu dan sahabat baiknya itu.

“Masa hari perkahwinan Fasya tu kan aku pegi jumpa klien kejap sebelum pegi ke majlis tu. Aku betul-betul tak sangka yang klien aku tu Maya, pompuan yang pernah buat aku kecewa dulu. Kat pejabat Maya tu tiba-tiba aku ternampak gambar dia dengan Zul yang tersimpan cantik di dalam frame kat sebelah komputer dia. Aku terkejut giler masa tu, terus aku tanya pasal gambar tu. Dia kata tu gambar dia dengan suami dia masa bulan madu kat Shanghai satu masa dulu. Lagilah aku terkejut. So aku bawa dia pegi rumah jantan tu barulah terbongkar segalanya, Maya yang selama ni percaya suaminya sebatang kara rupanya seekor kera.” Afiq mengeluh mengingati peristiwa tersebut.

“Hah?!” Hampir kesemua pelanggan di restoran itu memandang mereka setelah mendengar jeritan Fatin. Zahin juga terkejut mendengar berita tersebut dan menjadi panik apabila melihat adiknya yang sudah mengalirkan air mata.

“Dik..ok tak ni?” tutur Zahin yang sudah memegang tangan adik satu-satunya. Fasya pula hanya menjawab pertanyaan Zahin dengan sebuah anggukan.

“Kau ni buat malu aku jer..entah apa orang fikir pasal kita bila kau menjerit tadi.” Marah Afiq.

“Sorry..aku tak sengaja terjerit tadi..betul ke cerita kau tu? Aku macam tak berapa nak percaya lah Fiq. Aku tak sangka Zul orang yang macam tu. Kau bayangkanlah, Fasya dengan dia tak sempat couple pun. Dia terus jumpa mak ayah Fasya nak minta restu tau? Ingatkan baik sangat budak tu. Rupanya..”

“Aku pun mulanya tak percaya jugak Tin..tapi tu lah hakikatnya. Tau tak reaksi dia bila aku datang dengan Maya ke rumah dia hari tu? Dia selamba jer kenalkan Maya kat mak bapak dia sebagai orang gaji dia kat Shanghai. Maunya aku tak geram? Sekali bagi dia masih tak mengaku..kali kedua penumbuk aku melayang ke muka dia, dia terus mengaku yang Maya tu bini dia.”

“Habis tu macam mana dia boleh batalkan perkahwinan tu? Apa bapak dia buat bila tau yang dia dah ada menantu ngan cucu?”

“Bukan dia yang nak batalkan..kalau boleh memang dia nak teruskan, tapi ayah dia tak kasi..ayah dia yang suruh Azmeer pegi rumah Fasya, batalkan majlis. Ayah dia pun marah gak kat Zul, siap bagi sepak terajang package dengan penumbuk dan penampar lagi..kalau takde mak dia kat situ mungkin Zul dah mati kot..”

“Lepas tu apa jadi? Ceritalah sampai habis..” tutur Fatin kembali ingin tahu.

“Majlis kahwin jadi majlis sambut menantu. Lepas tu bila dapat tau Azmeer dah drive pegi rumah abah, kelam kabut aku jadi pemandu kereta lumba nak settle problem kat sana plak. Benda lain aku dah tak fikir masa tu, apa yang aku fikir adalah maruah keluarga Fasya yang perlu di selamatkan. Nasib baik abah terima aku jadi menantu dia..kalau tak putih baliklah mata hitam aku bila Fasya melepas buat kali kedua.”

“Ok..aku dah faham dah sekarang. Tapi kenapa kau tak terus terang kat Fasya?”

“Aku mengaku Tin..aku sebenarnya pengecut..aku takut nak terima kenyataan kalau Fasya tak nak terima aku.”

“Sya takkan tolak cinta abang kalau itu kenyataannya. Sya akui, Sya memang dah lama cintakan abang sejak Sya jaga abang kat hospital dulu..tapi sebab abang marah Sya masa Sya nak minta maaf dulu, Sya ingat abang benci sangat kat Sya. Sebab tu Sya cuba buang rasa cinta Sya pada abang dengan terima pinangan Zul.” Kata hati Fasya kembali bersuara bersama perasaan terharu yang di rasainya setelah mendengar luahan hati suami yang di cintainya secara diam-diam.

~*~*~*~*~*~

Petang itu Afiq bergegas balik ke rumah setelah Zahin memberi tahu bahawa Fasya terus pulang ke rumah setelah mengetahui akan hal tersebut. Di rumah pula Afiq sekali lagi Afiq di kejutkan dengan ketiadaan Fasya dan barang-barangnya di dalam rumah itu.

“Aaaarrrrrgghh!!!!!!” jerit Afiq yang hampir berputus asa untuk mencari Fasya.

“Abang.” Riak cemas jelas tergambar di wajah Fasya apabila mendengar jeritan Afiq. Bakul yang berisi baju-baju yang baru di angkat dari jemuran terlepas dari pegangannya dan terus berlari mendapatkan Afiq di ruang keluarga. “Abang, abang ok? Kenapa abang menjerit?” cemas Fasya bertanya sambil memegang pipi suaminya yang duduk bersandar sambil menangis memejamkan matanya.

“Fasya?” Afiq membuka luas matanya setelah mendengar suara isterinya lalu terus memeluk Fasya dengan erat seperti tidak ingin melepaskannya.

“Kenapa ni? Cuba cerita kat Sya..” Fasya membalas pelukan Afiq untuk menenangkannya yang masih menangis di bahu Fasya.

“Fasya..tolong jangan tinggalkan Afiq? Please don’t leave me sayang? Please?”

“Apa yang abang cakap ni? Bila masa Sya kata Sya nak pegi tinggalkan abang?” Fasya melepaskan pelukan Afiq dan merenung suaminya itu untuk mendapatkan penjelasan.

“Apa..apa Sya panggil Afiq?” terukir sebuah senyuman di bibirnya mendengar panggilan Fasya kepadanya.

“Kenapa? Salah ke Sya panggil suami Sya abang?” dengan suara yang teragak-agak Fasya bertanya.

“Tak sayang, memang tak salah.” Sambil tersenyum memeluk Fasya kembali.

“Wait.” Fasya meleraikan pelukan tersebut lalu memandang wajah suaminya dengan penuh tanda tanya. Air mata yang mengalir di pipi Afiq di seka perlahan sebelum Fasya bertanya, “Apa dah jadi sebenarnya? Kenapa abang tiba-tiba cakap macam tu?”

Setelah mendengar cerita Afiq, Fasya merasa geli hati namun ketawanya tidak di lepaskan untuk menjaga hati Afiq. “Sya call nak bagitau, tapi phone abang tak on. Sya call pejabat, Shima kata abang tengah busy, so Sya tak nak kacau, tu yang Sya pesan jer kat Shima suruh cakap dekat abang yang Sya balik awal hari ni.”

“Dia tak kata apapun?” dalih Afiq.

“Dia lupa kot..kembali pada topik kita, pasal barang Sya yang abang kata dah hilang tu..Sya dah pindah kat bilik abang..mulai hari ni Sya dah tak nak jadi isteri abang hanya di atas kertas..mulai hari ni dan saat ini, Sya akan jadi isteri abang dalam erti kata yang sebenar.”

“Terima kasih sayang. Kita akan bina hidup baru lepas ni. Abang janji dengan Sya..abang akan sentiasa berada di samping Sya dalam apa jua keadaan. Abang janji akan terus jaga Sya sampai akhir hayat abang.”

~*~*~*~*~*~

Tiga bulan berlalu, hubungan Afiq dan Fasya semakin membaik walaupun keduanya sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.

“Encik! Puan Fasya tengah sibuk, encik tak boleh masuk sesuka hati.” Kedengaran suara setiausaha Fasya, Candise bersuara ketika pintu pejabatnya di buka oleh seseoarng yang membuatkan Fasya mengangkat mukanya melihat gerangan orang yang datang. Fasya terkejut apabila mendapati orang yang masuk ke biliknya adalah bekas tunangnya, Zul.

“Maafkan saya puan. Saya dah larang dia masuk tadi..tapi dia berkeras jugak nak masuk..” kembali Candise bersuara untuk membela diri dari di marahi oleh Fasya.

“Takpe Candise, biar dia masuk. Silakan duduk Encik Zul.” Sambil tersenyum Fasya bangun dari kerusi kerjanya dan mendekati Zul yang sudah berjalan mendekati sofa.

“Oh yer! Sekejap yer Encik Zul. Candise.” Pantas kakinya di hayun menghampiri Candise yang baru keluar dari biliknya dan mengarahkan Candise memanggil suaminya.

Setelah bayangan Candise hilang di sebalik dinding yang menjadi pembahagi antara departmentnya dan  Afiq, Fasya mengarahkan salah seorang daripada pekerja lelakinya untuk menjaga pintu sementara menanti kedatangan Afiq sebelum masuk semula ke dalam pejabatnya.

“Apa tujuan Encik Zul datang hari ni?” tanya Fasya yang sudah melabuhkan punggungnya di atas sofa bertentangan dengan Zul.

“Sya, Zul nak minta maaf. Zul tau Zul salah sebab putuskan ikatan kita masa tu. Zul minta maaf sebab dah malukan keluarga Sya. Berikan peluang untuk Zul ubah semua ni? Please sayang? Kita mulakan semula? Zul masih sayangkan Sya.” Luah Zul meraih simpati dari Fasya.

“Dalam dunia ni manusia sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri. Cuma manusia terkadang tidak tahu untuk menghargainya. Contohnya Encik Zul, encik sebenarnya dah di beri peluang kedua untuk menebus kesalahan yang pernah encik lakukan. Tapi ada encik ambil dan gunakan peluang tu? Tidak pernah bukan? Pergilah, pergilah gunakan peluang yang ada tu sebelum semuanya terlambat. Antara kita tak ada yang perlu di perbaiki dan tak ada yang perlu di mulakan kembali.”

“A..apa..apa Sya cakap ni?”

“Tak payah nak buat-buat tak paham Encik Zul. Jangan ingat saya tak tau punca sebenar perkara ni.”

“What happen? Zul. Kau buat apa kat sini?” dengan kehairanan Afiq melemparkan pertanyaannya kepada Zul.

“I’ll explain to you later abang. Encik Zul. FYI he is the reason why I can’t accept you back. You are too late Mr. Zul Fakhri bin Mukhsin.” Dengan pantas Fasya mendapatkan Afiq dan merangkul lengan suaminya.

“Pasal dia ni? Apa hubungan Fasya dengan dia? Fasya tau tak dialah punca terputusnya hubungan kita! Sya..percayalah sayang, Zul masih sayangkan Sya..”

“Sudahlah. Lebih baik Encik Zul balik jer dan minta maaf pada Maya dan anak-anak Encik Zul. Mereka lebih memerlukan encik.”

“Maya? Kalau pasal dia Sya jangan risau, Zul akan ceraikan dia hari ni jugak. Kembali ya sayang? Kembali pada Zul? Kita bina keluarga bahagia kita bersama?”

“Cerai? Do you know what are you talking about? Sedar tak apa yang kau cakap sekarang ni Zul? Maya sanggup tinggalkan Afiq dulu semata-mata kerana janji kau untuk setia, Maya rela kehilangan keluarga demi mengejar kau. Senang-senang jer kau nak ceraikan dia? Astaghfirullah al azim Zul..sedarlah. Maya tu isteri kau Zul. Dia wanita yang mengandungkan anak kau sembilan bulan sepuluh hari, dia jugak orang yang besarkan anak kau seorang diri semenjak ketiadaan kau selama setahun Zul! Aku dah tak tau nak sabar macam mana lagi dah dengan kau ni. Aku rasa elok kau pegi keluar sekarang jugak sebelum aku lebih marah!” marah Fasya.
“Sya please?”
“Get out Zul!”
“Kau tak dengar ke tak faham apa yang Fasya kata? Pegilah Zul. Jangan sampai penumbuk aku melayang lagi kat muka kau. Aku bagi kau tiga pilihan sekarang ni, pertama, kau nak keluar sendiri? Kedua, kau nak aku panggil security atau yang ketiga? Dapat package bermalam kat I.C.U setahun?” sampuk Afiq yang sedari tadi diam menahan marah.

“Tak payah susah-susah..security dah ada kat sini dah..” Zahin bersuara saat memasuki pejabat tersebut bersama tiga orang security dan mengarahkan mereka untuk membawa Zul keluar dari bangunan tersebut.

“Terima kasih bang sebab datang jadi penyelamat. Tiba-tiba muncul dari mana?” tanya Fasya yang kehairanan dengan dengan kemunculan Zahin yang tiba-tiba.

“Dari bawah tadi..tak sengaja bertembung dengan perawat sakit jiwa dari hospital mana entah, katanya ada pesakit mereka lari masuk dalam bangunan ni masa kereta berhenti kat lampu merah kat depan tu..bila diorang tunjukkan gambar, abang tengok gambar Zul. Tu yang abang terus bawak security naik sini tu..buat apa dia masuk kat bangunan ni kalau bukan sebab Fasya kan?” terang Zahin panjang lebar.

“Terima kasih pada abang yang selamatkan Fasya..” pandangan Fasya jatuh pada wajah suaminya.

“Sekarang semuanya dah selesai, kita akan bina hidup baru dengan aman.” Lantas memeluk erat suaminya.

“Ya sayang. Kita akan bina hidup baru..” membalas pelukan Fasya sambil mencium ubun-ubun isterinya yang di tutupi tudung.

“Ehem! Kalau nak beromen pun malamlah sikit..kalau nak buat siang-siang pun tengoklah tempat dulu..line clear ke tidak..ini tak, depan abang pun korang boleh buat selamba jer? Nampak gayanya abang dapat anak buah dulu sebelum dapat anak lah jawabnya..” tegur Zahin yang masih berada di dalam pejabat tersebut.

“Insyaallah bang kalau itu yang abang nak, kat rumah nanti kami usahakan.” Jawab Afiq sambil memaut pinggang Fasya yang sudah tersenyum malu dengan kata-kata yang di lemparkan oleh abang dan ‘abang sayang’-nya.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment