Wednesday, September 10, 2014

CERPEN: Siapakah Dia?


Terangnya mentari pagi itu tidak mampu mengganggu Alia Syafira yang masih tidur di atas katil empuknya. “Astaghfirullah al azim..Lia..anak dara apa kamu ni..hari dah siang masih tergolek atas katil.” Tegur Puan Norsiah sambil mengikat langsir yang menutupi setengah daripada jendela bilik tersebut.

“Apa ni ma..silaulah..bagilah orang rehat sekejap. Letihlah..mata pun ngantuk lagi ni.” Alia menjawab malas sambil menggosok matanya tanpa menunjukkan reaksi untuk bangun dari pembaringannya.

“Mana tak mengantuk kalau tidur sejam sebelum subuh? Baik kamu bangun cepat sebelum babah kamu siap. Ke kamu memang nak babah yang kejutkan kamu pagi ni?”

“Ala ma..macam biasa lah..mama coverkan lah orang..macamlah tak biasa. Lagi sejam orang bangun ok?”

“Yelah, layan jelah mata kamu tu Alia. Lagi sejam babah kamu dah sah-sah masuk pejabat, kamu pegilah kerja naik bas..itu pun kalau ada bas nak ambil kamu. Kalau tak, mama tak tanggung kalau hari pertama Lia kerja dah kena buang.” Jawab Puan Norsiah selamba sambil mengemas buku yang berselerakkan di lantai.

“Hah?! Ya Allah..macam mana orang boleh lupa hari ni orang dah start kerja? Mama pun kenapa tak kejutkan orang awal-awal?” Dengan pantas Alia mengambil tuala dan berlari masuk ke dalam bilik mandi.

“Nak salahkan mama pulak? Kan tadi lepas Solat Subuh mama dah suruh Lia mandi bukan membuta lagi. Cepat sikit mandi tu kalau tak nak kena tinggal.” Sedikit menjerit Puan Norsiah mengingatkan anaknya daranya sebelum keluar dari bilik tersebut.

Di bilik makan di tingkat bawah, sudah kelihatan Encik Razali dan anak lelakinya, Azril duduk bersembang di depan meja makan. “Apa yang riuh kat atas tu yang?” Tanya Encik Razali.

“Biasalah bang..anak dara abang tu ha..sempat lagi nak hasilkan tahi mata lepas Solat Subuh tadi. Nak suruh mandi pagi pun liat.” Sahut Puan Norsiah sambil menuangkan air teh ke dalam cawan suami dan anaknya.

“Lia masih dengan kebiasaan dia tu ke ma?” tanya Azril yang sedang menyapu coklat pada roti di tangannya.

“Hm..adik kamu tu tak pernah nak berubah Ril. Entah macam manalah bila dah kawin nanti.” Bimbang Puan Norsiah memikirkan anak dara tunggalnya.

“Ada plak mama fikir sampai ke situ..dah kawin nanti orang berubahlah. Assalamualaikum semua. Selamat pagi, maaf sebab lambat.” Sambil tersenyum Alia mencapai teko di tengah meja dan memenuhi cawan di depannya dengan isi teko tersebut.

Selepas diam beberapa saat setelah menjawab salam Alia, Alia seolah tersentak apabila melihat sosok tubuh abang kesayangannya yang bekerja sebagai seorang juruterbang itu berada di depannya. “Eh?! Bila masa abang balik? Tak fly ke hari ni?”

“Masyaallah budak ni..dah mulalah penyakit hilang ingatan dia tu. Yang teman kamu tengok cerita Mohabbatien yang dah beratus kali kamu tengok semalam tu saper? Hantu raya? Toyol? Pocong? Dah tu tangan saper yang kamu cium lepas tangan mama ngan babah lepas Solat Subuh tadi?” Protes Azril yang sememangnya tidak puas hati dengan sikap adiknya yang selalu tidak menyedari kehadiran dirinya semenjak dirinya sudah bergelar juruterbang setahun kebelakangan ini.

“Hehehe..maaflah bang, tak perasan plak. Mati-mati babah yang teman Lia semalam.” Sekali lagi Alia tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih.

“Dah sudahlah bertekak tu. Azril, kebetulan kamu cuti ni pegi hantar adik kamu pegi kerja.” Tegas suara Encik Razali memberi arahan buat anak sulungnya.

“Ok bah. Dik, kau kerja kat mana? Dengan saper? Abang tak pernah dengar citer kau pegi interview pun? Tau-tau dah dapat kerja. Kau kerja apa dik?” Pandangannya di larikan pada adiknya.

“Ha! Dah mulalah tu nak fikir macam-macam. Taulah adik abang ni belajar tak sampai oversea macam abang..tapi janganlah fikir orang ni rendah sangat. Orang kerja halal tau?” Sayu suara Alia membalas kata-kata abangnya.

“Astaghfirullah al azim dik..tak terlintas di fikiran abang nak fikir bukan-bukan pasal adik abang satu-satunya ni tau? Tapi bila adik dah cakap macam tu tetiba plak otak abang ni terfikirkan benda yang tak sepatutnya.” Meletus ketawa Azril saat melihat wajah adiknya yang sudah memerah menahan marah. Seronok apabila berjaya mengenakan adik kesayangannya itu.

~*~*~*~*~*~*~

“Hari ni abang budak tu dah mula kerja kan?” Soal Datin Azlin saat bersarapan bersama suaminya pagi itu.

“Ha’ah..” Pendek jawapan Dato’ Zamri membuatkan Datin Azlin teringin untuk terus mengajukan soalan.

“Takpe ke abang tukar Shasha dengan budak tu tanpa pengetahuan Zarif? Tak terkejut ke budak tu nanti bila dapat tau secratary dia bertukar tiba-tiba?”

“Pekerja tak berdisiplin macam Shasha tu memang perlu di buang yang oi..lagipun dari awal lagi Zarif memang tak selesa dengan budak tu. Katanya Shasha tu selalu sangat buat hal nak goda dia. Tapi saya tak percaya, yelah tengok dari penampilan dia tu walau tak bertudung, tapi agak sopan.”
“Hm..kalau abang dah kata macam tu takpelah. Harap-harap bolehlah Zarif terima Alia tu jadi secratary baru dia bila dah balik outstation nanti. Kalau dia boleh terima jadi isteri pun saya tak kisah, saya kenal Alia tu memang baik orangnya.” Sambil tersenyum Datin Azlin melayangkan fikirannya pada Alia, gadis yang di kenalinya sebegai sukarelawan rumah kebajikan anak-anak jalanan dan orang-orang tua yang sering di kunjunginya.

“Alia tu memang baik budaknya, saya pun suka kalau Alia tu jadi pilihan anak kita si Zarif tu. Tapi nak ke Alia tu dengan teruna kita yang memang sentiasa dingin tu?” Pertanyaan Dato’ Zamri sudah cukup mematikan angan-angan Datin Azlin untuk bermenantukan gadis pilihannya itu.

“Hm..api pun boleh padam bila di siram air, masakan ais batu tak mampu cair bila di cucuhkan api bang. Saya yakin sedingin-dingin anak kita tu pasti ada yang mampu menghangatkannya dan saya harap sangat orang tu adalah Alia bang. Tapi itu lah kan? Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.”

~*~*~*~*~*~*~

15 minit berlalu, Alia masih membatukan diri di dalam kereta Hyundai Coupe milik abangnya. Hanya tinggal 15 minit saja lagi jam di pergelangan tangannya akan menginjak ke pukul 8.30 pagi, yang menandakan dirinya harus segera melangkah masuk ke dalam bangunan di depannya untuk melaporkan diri pada pemilik Syarikat Zaaz Holding.

“Dah 15 minit dah abang park keter kat sini dik, lagi 15 minit lagi nak pukul 8.30. Baik adik masuk cepat, nanti tak pasal-pasal kena ambil tindakan disiplin pada hari pertama bekerja. Nak kerja dengan orang ni dik, kena beringat..biar kita yang awal, jangan kita yang di tunggu. Lagi-lagi hari pertama macam adik ni. Kenalah ambil hati majikan.” Tegur Azril yang bosan melihat adiknya bermain jari jemarinya sendiri menahan perasaan gemuruh di tempat duduk penumpang di sebelahnya.

“Erk! Gerunlah nak masuk bang..walaupun orang dah kenal lama dengan Datin Azlin tu, tapi dengan Dato’ Zamri ni orang baru dua kali orang jumpa. Sekarang nak masuk kali ketiga, sebagai pekerja dia plak tu, dahlah orang cuma ada pengalaman bekerja sebagai sukarelawan kat rumah kebajikan tu ajer. Tetiba nak masuk kerja kat office besar macam yang kat depan ni, sebagai secratary lagi..fuh..bila fikir-fikir balik, nak telan air liur pun rasa macam nak telan batu bang.” Keluh Alia.

“Ada-ada jer budak ni..dah, pegi turunlah. Abang ada hal lain lagi ni.” Arah Azril seolah menghalau Alia keluar dari keretanya.

“Yelah..ada hal lain konon..ingat orang tak tau ke abang nak jumpa Kak Shila?” Sindir Alia yang memang sudah masak dengan perangai abangnya yang selalu menemui tunangnya setiap kali pulang bercuti.

“Dah tau lagi mau tanya..jalan tu elok-elok, nak masuk pejabat jangan lupa langkah kanan, baca Bismillah, istighfar banyak-banyak kasi tenang diri tu.” Sambil menyambut huluran tangan adiknya.

“Yelah bang oi..terima kasih sebab sudi hantar adik abang ni..orang pegi dulu, nanti balik Lia sms abang, jangan lupa jemput tau? Assalamualaikum.” Belum sempat Azril menjawab, Alia sudah menutup pintu kereta dan melangkah menjauhi kereta itu menuju ke bangunan yang berdiri megah beberapa meter dari tempatnya berdiri.

~*~*~*~*~*~*~

“Awal Zar balik? Business kat sana macam mana? Kenapa tak datang rumah dulu jumpa umi ngan abi?” Tanya Dato’ Zamri kepada anak tunggalnya.

“Zar tak rancang pun nak balik awal abi..sepatutnya memang Zar balik lagi 3 hari. Tapi dah bosan sangat tinggal kat sana sensorang, tu yang Zar balik terus bila urusan kat sana dah selesai. Semua kat sana ok abi. Takde apa yang perlu di risaukan. Kalau yang bab balik rumah jumpa umi ngan abi tu..Insyaallah petang ni lepas kerja Zar singgah balik ke rumah, Zar balik dari oversea semalam dah tengah malam, tu yang tak sempat nak balik.”
Ketukan pintu dari luar menghentikan perbincangan dua beranak tersebut. “Come in.” Arah Dato’ Zamri dari dalam yang membuatkan setiausahanya, Jannah masuk ke dalam ruangan tersebut.

“Dato’, Cik Alia dah sampai. Dia dah ada kat depan.” Sopan Jannah bersara sebagai tanda hormat kepada majikannya.

“Kebetulan Zarif ada kat sini, arahkan dia masuk.”

“Baiklah Dato’.” Jawab Jannah sebelum keluar dari bilik tersebut.

“Alia? Siapa tu abi? Apa kaitan dia dengan Zar?” Dengan wajah kehairanan Zarif bertanya.

“Alia tu lah yang akan ganti tempat Shasha sebagai secratary Zar nanti. Tu yang abi nak kenalkan dengan Zar..”

“Assalamualaikum.” Tegur Alia setelah melangkah masuk ke dalam bilik majikannya tersebut atas arahan rakan sekerjanya yang baru di kenalinya, Jannah.

“Wa’alaikumsalam.” Serentak dua orang lelaki tersebut menjawab salam sambil memalingkan pandangan ke arah gadis yang sedang berdiri di depan pintu bilik tersebut.

“Erk! Apa kes diorang pandang aku macam tu? Saper plak lelaki ni? Tetiba pandang aku tak berkedip, aku nampak pelik ke? Atau aku dah tersalah pakai baju?” Hati Alia bersuara sambil dia memandang dirinya yang mengenakan baju kurung berwarna hijau pisang bersama shawl berwarna senada dan beg tangan berukuran sederhana besar yang tersangkut di bahu. Fail di tangannya yang bermotifkan bunga berwarna hijau pisang juga tidak lepas dari perhatiannya untuk memastikan kesalahan pemakaiannya.

“Alia Syafira. Ya. Dia memang Alia Syafira, aku memang tak boleh lupa dengan senyuman dan pandangan mata tu. Aku yakin itu pasti dia. Dia masih sesempurna dulu, bahkan lebih sempurna dari dulu.” Giliran hati Muhammad Zarif Aqram bersuara sambil memandang gadis di depannya tanpa berkedip, mengagumi keindahan makhluk ciptaan Tuhan yang pernah di tolak cintanya suatu masa dahulu.

“Er..Alia, silakan duduk.” Dato’ Zamri memberi arahan setelah agak lama berdiam diri.

“Er..terima kasih Dato’.” Alia mengambil tempat di kerusi di depan Dato’ Zamri yang bersebelahan dengan kerusi Zarif. “Ini dia sijil-sijil saya yang Dato’ suruh saya bawa tempoh hari. Semuanya ada kat dalam ni.”

Huluran fail itu di terima oleh Dato’ Zamri lalu di beleknya yang membuatkan bilik itu kembali sunyi. Alia yang semakin kurang selesa di pandang oleh lelaki di sebelahnya itu hanya bertindak membatukan diri sambil bermain dengan jemari tangannya.

“Kelulusan Alia dalam bidang kesetiausahaan sudah cukup untuk melayakkan Alia menjawat jawatan ni. Tak taulah kalau ada yang nak naikkan pangkat Alia jadi pengurus peribadi pula.” Sindir Dato’ Zamri yang membuatkan Zarif tersedar dari lamunannya.

“Lia, kenalkan ini Zarif, anak tunggal saya. Lepas ni kamu akan bekerja di bawah dia atau lebih tepat lagi menjadi setiausaha Zarif. Betulkan Zarif?” Tegur Dato’ Zamri apabila melihat anaknya yang sudah memalingkan wajahnya yang memerah ke arah lain.

“Er..ya. Er.. Saya Muhammad Zarif Aqram bin Dato’ Zamri, your future bos. And you?” tanya Zarif untuk menutupi perasaan malunya.

“Nurul Alia Syafira binti Razali. Encik Zarif boleh panggil saya apa-apa pun asalkan itu nama saya, pasti saya akan layan.”             Tanpa menghilangkan senyuman di bibirnya Alia memperkenalkan dirinya pada anak majikannya itu.

“Baiklah Alia, kamu boleh keluar sekarang dan pergi jumpa dengan Jannah kat luar. Bagitau dia yang saya suruh dia tunjukkan apa yang perlu kamu buat dan tunjukkan tempat kamu sekali. Kamu tau siapa Jannah kan?” Dato’ Zamri memberi arahan buat kesekian kalinya.

“Tau Dato’. Kalau macam tu saya keluar dululah yer? Assalamualaikum.”

~*~*~*~*~*~*~

Sudah seminggu Alia bekerja di syarikat tersebut dan dirinya sudah merasa selesa dengan suasana di tempat tersebut.

“Assalamualaikum, pagi Lia. Jom kita breakfast sama-sama.” Tegur Jannah ketika mendatangi rakannya itu.

“Wa’alaikumsalam. Pagi kak, awal datang hari ni? Tak hantar anak-anak pegi sekolah dulu ke tadi?” Sahut Alia sambil membontoti langkah Jannah yang sudah menghampiri lif.

“Laki akak cuti hari ni..so dia yang hantar budak-budak pegi sekolah. Lia pun datang awal hari ni? Selalunya bila akak keluar dari lif, Lia baru nak duduk kat tempat Lia. Hari ni akak siap tengok Lia datang dengan lelaki lagi..sapa yang hantar Lia tadi tu? Sweet jer akak tengok Lia dengan dia tadi. Boyfriend Lia ek?”

“Ada plak boyfriend..maunya tak kena pancung dek babah saya kalau tau saya salam boyfriend saya macam tu? Tak rela saya kak..tu baru siksa dunia, nak di kira siksa akhirat lagilah saya tak nak buat hal dengan yang bukan muhrim kak. Dia tu abang saya..cuti dia dah habis. Tadi tu nak pegi kerjalah tu, sebab tu dia hantar Lia pegi kerja awal. Lepas ni mungkin Lia akan datang lagi awal sebab kena naik bas datang kerja..nak harapkan babah, kesian plak nak susahkan dia pusing-pusing nak hantar Lia sebelum pegi kerja.”

“Babah Lia kerja apa?” Tanya Jannah apabila dirinya dan Alia sudah berada di dalam lif menuju ke tingkat bawah.

“Babah Lia tu kerja jaga kat sekolah rendah dekat-dekat rumah tu jer kak. Sepatutnya dia memang dah pencen, tapi katanya biarlah dia kerja sampai anak-anak dia dah kawin dan hidup senang. Bila hidup kami dua beradik dah senang, barulah dia nak berenti, nak tukar kerja jadi penjaga cucu pulak katanya.”

“Biasalah tu Lia..orang tua, selagi tak tengok anak dia senang, tak sekali-kali dia nak berhenti nak buat anak-anak bahagia. Kadang-kadang kita sebagai anak ni yang susah hati tengok dia. Tapi nak buat macam mana..nak larang pun tak guna kan?” sokong Jannah.

“Oh yer! Macam mana kerja? Ok? Encik Zarif ada buat hal tak? Meradang ke, marah-marah Lia tanpa sebab ke..ada?” Kembali Jannah bertanya setelah pelayan kafe tempat mereka bekerja itu berlalu bersama pesanan mereka.

“Ok jer..takde plak dia buat macam tu. Cuma yang saya pelik tu kan kak, dia ni macam pelik sikit tau kak? Setiap kali saya masuk bilik dia, sikit pun dia tak pandang saya. Tapi dia selalu puji saya cantik dengan baju warna ungu yang saya pakailah, cara saya bertudung comellah bagai..tak ke pelik tu? Dia tak pandang saya tapi boleh tau saya pakai apa. Dah tu dia puji saya tu macam orang takde perasaan. Suara datar jer, senyum ppun tak.” Adu Alia yang pelik dengan perangai Zarif.

“Dia tu memang macam tu Lia..tapi betul ke dia selalu puji Lia? Macam tak percaya pulak.”

“Takdelah selalu sangat kak..adalah sekali dua tu dia cara pemakaian saya. Kenapa kak? Ada yang pelik ke?”

“Maunya tak pelik? Akak kerja dengan keluarga Dato’ Zamri tu dah dekat tujuh tahun, jadi akak kenal sangat dengan Zarif tu. Selama akak kerja dekat situ, sekali pun akak tak pernah dengar dia puji orang tau Lia? Mengutuk tu memang dah selalu sangat akak dengar, sebab Zarif ni memang lain sikit jenis dia.” Terang Jannah.

“Lain macam mana maksud akak?” Tanya Alia yang semakin pelik dengan pernyataan teman sekerjanya itu.

“Er..nak cakap macam mana ek? Akak bukan nak kutuk dia ke apa..tak terniat pun nak buat fitnah pasal dia Lia. Cuma secara tak sengaja akak terfikir yang bos Lia tu tak normal, Lia faham tak? Tak macam lelaki lain.” Dengan nada yang berbisik Jannah memberitahu pandangannya.

“Gay maksud akak? Hish! Ada ke fikir macam tu..” Bantah Alia.

“Bukan apa Lia..kalau Lia nak tau, setiausaha Encik Zarif sebelum ni nama dia Shasha, tak kurang cantiknya dari Lia. Ada package seksi lagi..hari-hari dia dok goda bos Lia tu dengan pose yang macam-macam sampai akak pun malu nak mengaku akak ni pompuan bila tengok dia buat semua tu. Tapi sikit pun Encik Zarif tu tak kisah. Sikit pun dia tak pandang. Paling teruk Shasha tu asyik kena maki ajer dengan dia. Jangan kata nak sentuh dik, nak pandang pun dia tak nak. Kalau jantan lain tengok, tok imam pun boleh terbang serbannya tengok aksi si Shasha tu.”

“Wuish! Dahsyat jugak minah tu kak, apsal dia berenti?”

“Berenti apa? Kena buang..sebab kantoi dengan big boss masa dia tengah asapkan bilik CEO kita tu..nak kaya punya pasal sanggup buat cara kotor nak dapatkan harta. Eh! Tak pasal-pasal plak kita terumpat diorang tu. Dahlah Lia, makan cepat. Kejap lagi waktu kerja dah nak mula.”

~*~*~*~*~*~*~

“Assalamualaikum dan selamat pagi Encik Zarif.” Tegur Alia pada Zarif yang baru melintasi meja kerjanya sambil pantas membontoti Zarif munuju ke bilik kerja CEO muda itu seperti pagi-pagi sebelumnya.

“Apa jadual saya hari ni?” Zarif pantas bertanya apabila dirinya dan Alia sudah berada di dalam bilik kerjanya hingga membuatkan Alia yang sedang membuka langsir bilik tersebut terkejut.

“Er..jadual hari ni takde sepadat yang semalam, encik cuma perlu menghadiri majlis pengenalan CEO baru Syarikat Bersatu Holdings pukul 1 petang ni.”

“Petang ni? Abi saya pegi tak?” Tanya Zarif seakan tidak berpuas hati dengan jadualnya hari itu.

“Katanya Insyaallah dia pegi.”

Pantas tangan Zarif menekan tombol di interkom pada mejanya untuk berhubung dengan abinya. “Assalamualaikum abi.”

“Wa’alaikumsalam. Zar, ada apa?” Salam di jawab dan soalan di ajukan oleh Dato’ Zamri.

“Abi, petang ni Zar bawak Lia datang sekali ke majlis pengenalan tu bolehkan? Untung-untung bolehlah dia tutup mulut your business partner dari terus kenen-kenenkan Zar dengan anak-anak diorang yang gedik-gedik tu.” Pinta Zarif pada abinya.

“Hah?! Biar betul bos aku ni? Dia nak aku ikut dia sekali? Dengan pakaian macam ni? Adoi..aku bukannya pernah attend majlis-majlis orang kaya ni. Ya Allah, seandainya dia berniat baik, maka Kau hapuskanlah rasa sangsi di hati ini. Namun jika dia berniat tidak baik, maka Kau lindungilah hamba-Mu ini dari terus terperangkap dengan dirinya.” Do’a Alia dalam hati.

“Alia, jom ikut saya.” Kunci kereta dan dompet di atas meja pantas di capai dan di masukkan ke dalam poket seluarnya.

“Er..nak pegi mana encik? Kan tengah waktu kerja ni?” Tanya Alia menutupi perasaan takutnya.

“Saya bos awak, jadi awak kena ikut arahan saya. Saya dah minta izin dari big boss nak bagi awak cuti dan keluar dengan saya pagi ni. Nak tak nak, you need to follow me.” Dengan nada yang sememangnya tegas seperti biasanya, Zarif memberi arahan.

“Er..tu kebenaran dari big boss sini encik. Tapi my real big boss tak tau lagi..nanti kalau big boss saya tetiba ternampak saya keluar dengan encik, apa saya nak kelentong? Susahlah saya nanti.” Jawab Alia yang membuatkan mata Zarif membulat dan wajah putih jejaka idaman wanita itu memerah seperti menahan api kemarahannya.

“Adakah dengan pernyataan tu awak nak bagitau yang awak tipu saya dan abi? Awak nak kata awak dah bersuami? Tak macam status dalam resume kerja awak tu Cik Alia Syafira?” Tajam pandangan mata Zarif memandang Alia yang sudah tunduk ketakutan.

“Tak..saya tak kawin lagi. Big boss yang saya maksudkan tu babah saya encik. Tanpa kebenaran wali yang sememangnya menanggung dosa saya sekarang ni, saya memang tak boleh ikut encik.” Teragak-agak Alia bersuara.

“Awak call babah awak sekarang jugak, bagitau lagi 5 minit kita akan sampai tempat kerja dia.” Laju langkah Zarif meninggalkan Alia ternganga dengan arahannya. Alia yang menganggap dirinya boleh lari dari melaksanakan perintah Zarif untuk pergi ke majlis terseebut bersama dirinya.

“Tapi saya tak berani encik. Babah saya tu garang..nanti bila dah sampai sana saya takut babah saya mengamuk plak nanti.” Teragak-agak Alia memberi alasan sambil berbicara dalam hati, “Mintak-mintaklah kali ni berjaya..harap-harap dia akan tukar fikiran.”

“Saya akan bertanggungjawab kalau babah awak marah awak nanti..ke awak nak saya yang call babah awak bagitau saya nak jumpa dia?”

“Eh! Takpe encik. Biar, biar saya yang call babah saya.” Dengan pantas Alia mengangkat tangan mendail nombor babahnya dengan telefon bimbitnya. “Mamposlah..matilah kau kali ni Alia..masaklah kau dengan bebelan babah jap lagi..” Bisik hati Alia menahan takut apabila panggilannya tersambung.

~*~*~*~*~*~*~

“Assalamualaikum pak cik.” Pantas tangannya mencapai tangan tua Encik Razali lalu di ciumnya setelah tangan itu di salami oleh Alia. “Saya Zarif, CEO tempat anak dara pak cik ni bekerja. Macam ni pak cik..saya ni nak minta izin..er..Alia, awak tunggu saya kat dalam kereta.” Sambung Zarif memperkenalkan diri setelah salamnya berbalas.

“Chait! Nak minta izin bawak aku pegi majlis syarikat pun tak nak bagi aku dengar..” Sekali lagi hati Alia berbisik sambil mengatur langkahnya masuk kee dalam kereta Nissan GTR milik Zarif.

Hampir 10 minit Alia duduk mendengar radio di dalam kereta tersebut, namun perbincang antara Zarif dan babahnya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan di tamatkan.

“Lamanya..mengalahkan meeting ahli politik. Hm..apa sajalah yang dia kelentong babah tu? Dari tadi aku tengok babah asyik angguk kepala macam belatuk terjumpa kayu tu apa kes? Dah tu dua-dua tetiba berubah..tak ketawa, senyum jer memanjang..selama ni kalau aku buat hal, jangan haraplah aku nak dapat senyuman babah tu. Zarif tu lagilah..sekali pun aku tak pernah nampak dia senyum..eh?! Dia berpeluk pulak..hm..lantaklah..yang penting aku tak kena tengking dek babah balik nanti.” Matanya beralih tumpuan pada tangannya yang tiba-tiba menggeletar apabila terlihat Zarif yang memasuki kereta dengan senyuman yang susah untuk di tafsirkan.

“Sekarang kita pegi butik muslimah kawan saya dulu, kita beli baju dan tukar penampilan awak untuk pegi majlis tu nanti.” Suara Zarif memecah kesunyian di dalam kereta tersebut sambil memandu.

“Er..tak boleh ke saya pakai macam ni encik? Kan nampak sopan macam ni? Dengan baju kurong modern dan tudung ni..lagipun saya ikut encik dengan status setiausaha encik jer. Kalau saya pakai lebih-lebih nanti orang kata saya over plak.” Elak Alia tanpa berani untuk melihat Zarif yang sesekali mencuri pandang ke arahnya.

“Awak kalau saya bagi arahan boleh tak jangan menjawab? Saya taulah sebagai setiausaha awak ada hak untuk memberi pendapat untuk kerja yang saya bagi..tapi kali ni boleh tak awak just ikut apa yang saya suruh? Lagipun hari ni saya nak awak lupakan status sebenar awak sebagai setiausaha saya. Saya nak awak berlakon jadi bakal isteri saya depan semua tetamu yang ada nanti.”

“Hah?!” Dengan pantas kepalanya berpusing dan matanya tertancap di wajah Zarif yang sedang tekun memandu di sebelahnya. “T..ta..ta..tapi saya tak pandai berlakon. Kalau pecah tembelang macam mana? Lagipun Dato’ dan Datin kan ada sekali kat majlis tu nanti..apa plak kata mereka bila saya kenalkan diri macam tu? Saya takut kalau-kalau Dato’ dan Datin mengamuk sampai pecat saya nanti..saya tak nak senasib dengan setiausaha encik sebelum ni.” Dengan suara yang semakin mengecil, Alia menyambung bicaranya.

“Jadi awak dah taulah pasal kisah Shasha? Tak payah nak risau sangat..umi dan abi tau pasal rancangan ni. Diorang pun memang paham kalau saya buat macam tu. Umi ngan abi dah sedia maklum yang saya memang tak suka nak datang majlis-majlis macam ni. Semua business partner abi tak habis-habis nak satukan saya dengan anak-anak diorang yang gedik-gedik macam beruk terkena belacan tu. Kalau cantik takpelah jugak, ni dah macam tarzan pakai tak cukup kain. Nak buat simpanan pun saya fikir banyak kali, ini pulak nak buat bini? Memang saya tak sanggup, dengan dosa saya yang entah berat mana..nak di campur lagi dengan dosa mereka, entah berapa tahunlah agaknya saya duk tersiksa dalam neraka tu nanti.”

“Astaghfirullah al azim..pendiam-pendiam pun sadis jugak mulut bos aku ni rupanya. Teruk sangat ke mereka semua tu sampai dia kutuk diorang sampai macam ni sekali?” Bisik hati Alia sambil membayangkan wujud mereka yang di maksudkan oleh Zarif sebentar tadi.

“Kita dah sampai, jom turun.” Kata Zarif yang sudah membuakan pintu buat Alia.

“Astaghfirullah al azim..terkejut saya. Kalau yer pun apalah salahnya encik bagitau sebelum encik keluar kereta tadi? Takdelah saya rasa menyusahkan encik buka pintu ni untuk saya.”

“Saya bagitau pun bukan awak dengar, dah termenung jauh sangat mana nak sedar? Dah cukup bagus saya bukakan pintu ni untuk awak, bukannya nak berterima kasih.” Serius nada Zarif bersuara.

“Hm..tak ikhlas baik tak payah buat.” Rungut Alia dalam hati sambil melangkah keluar dari kereta bersama senyuman palsunya. “Terima kasihlah encik sebab sudi bukakan pintu keter ni untuk saya. Beruntung saya dapat bos sebaik Encik Zarif bin Dato’ Zamri ni.”

“Tau takpe.” Jawab Zarif pendek sebelum melangkah pergi meninggalkan Alia yang menahan geram di sisi kereta.

Setelah hampir sejam mencuba dan memilih baju yang sesuai, akhirnya Zarif berpuas hati dengan hasil kerja kedua rakan baiknya Tina dan Anas.

“Cantik..korang nampak sweet gilerlah Zar..jelous plak aku tengok..romantik habis tu.” Puji Tina yang juga berpuaas hati dengan hasil kerjanya dan suaminya.

“Hai yang. Kita ni bukan sweet husband and wife ke? Tak romantik gitu?” Celah Anas dengan nada cemburu.

“Chait! Dah awin pun kau masih cemburu ke wei? Lagipun agak-agaklah nak cemburu pun..perut Tina tu dah ada isi kau kerjakan, lagi mau tanya sweet ke idak? Lgi mau ragu korang tu tak romantik? Blahlah kau Anas..dari dulu tak habis-habis nak cemburu kat aku apa kes? Kan aku dah ada buah hati sendiri? Nak takut apa lagi?” Zarif tiba-tiba bersuara dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya sepanjang berada di dalam butik tersebut.

“Aku bukan apa Zar..dahlah muka kau lagi handsome dari aku ni, maunya aku tak cemburu? Tapi bakal kau ni boleh tahan jugak bro, aku do’akan lah korang berbahagia sampai bila-bila. Cepat-cepatlah tentukan tarikhnya, bolehlah kitorangbuat persiapan untuk serikan majlis kau nanti. Jangan risau..kalau kau tempah semua kat sini, kitorang sure bagi korang separuh harga. Kan yang?”

“Betul tu..kau sound jelah kat kitorang yer Zar? Jangan lama sangat..Alia ni cantik..aku takut kalau rimau lambat terkam, ada helang yang tetiba datang menyambar. Maunya tak putih mata kau nanti?” Kembali Tina maluahkan pendapatnya.

“Insyaallah..korang jangan risaulah. Kalau jadi nanti, koranglah keluarga ketiga yang akan aku bagitau selepas family kitorang..masa tu korang jangan kata tak sanggup plak nak terima tempahan dari aku.” Usik Zarif yang hanya mampu membuat kedua suami isteri itu ketawa.

“Wei! Kau ketawa lebih-lebih ni risau gak aku kalau-kalau kau tetiba terberanak kat sini Tina, dah lah kau tu tinggal tunggu hari jer lagi. Hospital bukannya dekat, nanti tak pasal-pasal kitorang terpaksa jadi bidan kau plak nanti..oklah aku nak chow dulu, baju-baju yang kitorang pakai ni macam biasalah ek? Aku beli terus. So harga dia dengan make over sekali berapa?” Dompet di pocket seluarnya di keluarkan.

“Eh! Takpe Zar, kali ni kitorang takkan charge apa-apa..anggaplah ni semua hadiah dari kitorang. Bukan apa, kitorang happy giler bila kau dah dapat semula permata yang kau hilang ni..” Tolak Tina yang tidak mahu menerima bayaran dari sahabatnya itu.

“Janganlah macam ni Tina..Anas..tak bestlah macam ni..aku tau harga baju ngan tenaga korang ni semua bukannya murah beb. Janganlah buat aku rasa bersalah.” Bantah Zarif.

“Takpelah Zar..kau pun dah banyak tolong kami..tanpa kau memang tak jalan business ni. So bagilah kitorang balas balik budi kau tu. Apalah sangat harga benda ni semua kalau nak di bandingkan dengan duit yang kau dah laburkan untuk tolong kitorang mewujudkan angan-angan kami nak buka business ni. Ingat selama ni kami senang hati ke dengan semua ni? Kau sikit pun tak nak ambil duit hasil kedai ni, kau sekali pun tak pernah anggap kitorang berhutang kat kau, padahal berdirinya kedai ni semua hasil dari duit kau Zar. Satu sen pun duit kami tak masuk dalam pembangunan butik ni. Apa yang kami tau cuma beli bahan jualan dan jalankan perniagaan dalam ni. So pleaselah Zar, bagilah kami balas budi kau tu. Kalau kau tetap nak bayar gak, kitorang akan keluar dari bangunan ni dan takkan anggap kau kawan lagi. Kau nak macam tu?” Ugut Anas panjang lebar.

“Janganlah macam tu Anas..oklah, aku anggap ni semua hadiah dari korang. Tapi ingat tau? Aku nak kita berkawan sampai bila-bila. Koranglah kawan terbaik aku.” Balas Zarif lalu memeluk Anas. “Oklah bro, aku kena pegi dulu. Ada lagi benda yang aku nak uruskan.”

Alia yang sedari hanya tersenyum membatu di tempatnya sudah mulai mengorak langkah mendekati Tina untuk bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada sahabat baik majikannya itu. Namun belum sempat Alia mencapai tangan Tina, badannya terlebih dahulu di peluk oleh wanita itu.

“Lia ingat pesan akak tadi tau? Jangan putus asa bila berhadapan dengan Zarif.” Bisik Tina memberi pesan kepada Alia.

“Insyaallah kak, Lia akan ingat dan cuba ikut nasihat akak tu.” Balas Alia apabila pelukan itu di lepaskan.

~*~*~*~*~*~*~

Selesai majlis tersebut hari sudah hampir malam, Alia terpaksa menaiki kereta Zarif untuk pulang ke rumah kerana dirinya memang tidak berani untuk menaiki kenderaan awam sendirian. Suasana di dalam kereta itu pula sunyi dan hanya kedengaran bunyi radio kerana masing-masing sedang melayan perasaan.

“Kenapa Kak Tina kata aku beruntung? Apa maksudnya Zarif dah dapat semula permata dia yang hilang? Siapa Zarif ni sebenarnya? Aku pernah kenal dengan dia ke? Pernah ke aku jumpa dia sebelum ni? Dah tu kenapa kawan dia tadi kata dah lama dia nak jumpa aku? Lagi satu, apsal dia beria-ia sangat suruh aku try pakai baju pangantin sampai empat, lima pasang kat butik tu tadi? Adoi..pening plak kepala aku ni fikir siapalah dia ni?” Bisik hati Alia.

“Tadi umi dah pesan bawak awak makan malam kat rumah, so kita singgah kat rumah abi dulu. Sebelum saya hantar awak balik.” Tutur Zarif memecah kesunyian mereka sekaligus menyedarkan Alia dari terus termenung.

“Hah?! Er..lain kali jelah encik. Saya tak boleh balik malam..nanti babah saya marah plak. Yelahkan, bak kata orang tak elok anak dara keluar malam-malam.” Jawab Alia lembut untuk mengelak.

“Saya dah cakap kat babah awak tadi..dia benarkan dengan syarat saya kena hantar awak balik sebelum pukul 10 malam. Hm..jangan nak cari alasan lagi, kita dah sampai dah ni. Jom turun, ke nak saya sediakan karpet merah? Atau nak saya dukung awak masuk?” Dengan selamba Zarif berkata sebelum mematikan enjin dan keluar dari kereta kesayangannya itu.

“Mak datuk..ni rumah ke istana? Besar giler wei..bergegar lutut aku, confirm keluar dari kereta ni pun rasa kaki tak jejak tanah. Takut aku nak masuk.” Sambil menelan paksa air liurnya, Alia berbisik dengan dirinya sendiri.

“Tunggu apa lagi tu? Nak saya dukung betul-betul ke?” Tegur Zarif sambil menunduk melihat Alia di dalam keretaapabila pintu kereta sebelah penumpang itu di buka olehnya.

“Er..sorry..terima kasih..” Sambil melangkah keluar dan membontoti Zarif masuk ke dalam rumah orang tua CEO muda itu.

“Assalamualaikum umi, abi.” Sapa Zarif pada orang tuanya yang sudah sedia menunggu di depan pintu utama dan terus menyalami keduanya di ikuti oleh Alia yang hanya menyalami Datin Azlin.

“Wa’alaikumsalam..” Jawab Dato’ Zamri dan Datin Azlin serentak.

“Dah sampai pun..Lia..lama kita tak jumpa..last jumpa dua minggu lepas sebelum Lia kerja kan?” Tutur Datin Azlin sambil menuntun Alia menuju ke meja makan. “Kita makan dulu ok? Nanti kita sembang-sembang lagi. Auntie dah masak special untuk Lia. Tu yang balik awal dari event Bersatu Holdings tu, semata-mata  nak sediakan masakan terbaik auntie buat Lia.” Sambung Datin Azlin.

“Saya rasa macam menyusahkan Datin jer..” Jawab Alia sambil tersenyum untuk menutupi rasa gugupnya.

“Apa plak menyusahkan? Auntie happy sangat tau bila Zar kata Lia sudi nak dinner kat sini..auntie bukan apa..yelah kan? Zar ni anak tunggal, sunyi jer bila dia takde. Tengahari jer auntie jumpa dia, tu pun kalau dia sempat balik ke sini. Kalau banyak kerja auntie kenalah tunggu dia balik hujung minggu. Lagipun auntie dah anggap Lia ni macam anak perempuan auntie.” Terang Datin Azlin panjang lebar sambil mencedokkan nasi pada setiap pinggan ahli keluarganya termasuklah Alia.

Sepanjang makan malam berlangsung, masing-masing hanya mendiamkan diri menikmati makanan yang tersedia di atas meja tersebut, sehinggalah pembantu rumah di rumah itu menghidangkan hidangan penyuci mulut buat mereka semua.

“Macam mana kerja Lia dengan uncle? Ok? Zarif ada marah-marah Lia tak?” Tanya Datin Azlin ramah seperti biasanya.

“Alhamdulillah datin, kerja kat syarikat Dato’ tu semua ok..Encik Zarif pun baik orangnya, tak pernah marah saya. Cuma tegur sikit-sikit tu adalah..tapi takpe, dia tegur pun sebab saya salah.”

“Dah berapa kali auntie pesan? Jangan panggil Dato’ ngan Datin..panggil jer uncle ngan auntie..kan lebih mesra sikit bunyinya?” Rungut Datin Azlin.

“Daripada panggil uncle ngan auntie lagi baik kalau panggil abi ngan umi terus. Kan lagi mesra?” Sahut Zarif yang duduk berhadapan dengan uminya dan bersebelahan dengan Alia.

“Bagus juga rancangan Zar tu. Sekurang-kurangnya tercapailah impian umi kamu ni nak ada anak perempuan. Nak tunggu kamu berbini entah bilalah masanya nak sampai kan? Tak gitu yang?” Sindir Dato’ Zamri.

“Umi nak anak perempuan? Abi nak menantu? Ok..esok hari minggu, abi ngan umi pegilah rumah Lia, risikkan Lia untuk Zar. Kalau diorang setuju minggu depan kita hantar rombongan meminang, lepas tu bertunang tak yah lama-lama, sebulan jer, bulan depan nikah.” Jawab Zarif selamba sambil terus fokus pada hidangan di hadapannya.

“Hah?!” Serentak Dato’ Zamri dan Datin Azlin terjerit sambil memandang terus ke wajah anak mereka menandakan ketidak kepercayaan mereka dengan pengakuan Zarif, sementara Alia di sebelah sudah tersedak mendengar penyataan tersebut sebelum turut kaku melihat wajah tampan namun serius milik Zarif.

“Jangan tanya apa-apa. Zar memang serius dengan keputusan Zar. Zar akan menikahi Lia, Zar dah bosan hidup sendiri. Dah sampai rasanya Zar nak jadi imam buat isteri Zar, dah tiba waktunya Zar menjadi pembimbing kepada seorang isteri. Zar dah sedia abi, umi. Lagipun Zar dah bincang ngan babah Lia tadi dan dia alu-alukan kedatangan abi dan umi ke sana. Dia pun dah setuju dengan keputusan Zar ni. Tapi Zar tak cakap lagi pasal tarikhnya, Zar kata esok jer bincang bila tarikh yang sesuai.” Terang Zarif panjang lebar.

“Alhamdulillah..akhirnya termakbul jugak do’a umi ngan abi selama ni..tapi tak cepat sangat ke Zar? Sempat ke nak siapkan semuanya dalam masa sebulan?” Tanya Datin Azlin untuk mendapatkan kepastian.

“Pasal tu abi ngan umi tak yah risau, Zar dah prepare semua..persiapan majlis tu Tina ngan Anas dah janji akan uruskan semuanya, Zar dah bincang ngan diorang. Souvenir untuk tetamu pun Zar dah siap tempah semalam. So, nothing to worry about that.” Dengan lancar Zarif menjawab pertanyaan uminya.

“Zar beria-ia sangat ni Lia setuju ke dengan rancangan Zar ni? Lagipun kamu berdua kan ke baru kenal seminggu? Lia? Apa keputusan kamu? Kalau kamu terima Syukur Alhamdulillah, tapi kalau kamu tak setuju uncle tak paksa kamu untuk jadi menantu uncle.” Enam pasang mata itu beralih pada Alia.

“Erm..dari awal lagi saya memang dah serahkan pemilihan jodoh saya pada babah ngan mama saya..dengan cara tu lebih mudah untuk saya dapat keredhaan dan restu dari mereka dan juga redha serta restu dari Yang Maha Pencipta. Jadi apa keputusan orang tua saya, itu jugalah keputusan saya.” Jawab Alia tanpa mengangkat wajahnya yang sudah memerah itu.

“Alhamdulillah..” Jawab tiga beranak tersebutdi ikuti oleh keluhan lega yang di lepaskan oleh Zarif dalam diam.

~*~*~*~*~*~*~

Sebulan berlalu, Alia sudah sah menjadi isteri Zarif dan secara rasminya telah menggandakan tugas Alia menjadi setiausaha di pejabat dan juga di rumah banglo dua tingkat milik Zarif. Dengan akad yang di lafazkan oleh Zarif seminggu yang lalu itu juga secara tidak langsung telah merubah personaliti Zarif yang sentiasa serius menjadi seorang yang sentiasa tersenyum dan manja membuatkan Alia bertambah kekok tinggal sebumbung dengan suaminya.

“Sayang, tadi masa abang beli barang yang sayang suruh beli tadi abang ada terjumpa Abang Azril..sebenarnya dia nak datang sini jumpa sayang, tapi dah terlanjur dia terjumpa abang tak jadi datang. Dia bagi abang sampul ni jer..ada posmen hantar minggu lepas katanya. Maaflah sebab abang dah tengok isinya tadi. Sajer nak tau.” Sambil memberi sampul di tangannya pada isterinya yang baru selesai mengemas meja kerja miliknya.

“Surat apa?” Tanya Alia lalu mengeluarkan isi sampul tersebut selepas melihat respon dari suaminya yang hanya tersenyum mengangkat keningnya. “Majlis reunion sekolah menengah? Hm..nak datang ke tidak?” Bisik hati Alia.

“Kenapa? Datang jelah, abang temankan ok? Sayang pun tentu dah lama tak jumpa kawan-kawan sayang kan? Semenjak sayang dapat biasiswa masuk universiti dulu terus lost contact dengan yang lain. Mesti sayang rindu diorang kan? Hm..majlis tu esok malam kan? Jom kita pegi butik Anas cari baju untuk majlis tu nak?” Pujuk Zarif.

“Er..tapi Lia tak masak lagi..dah pukul 11 ni. Lagipun baju kat dalam almari tu kan banyak..so tak payahlah nak bazir duit sangat beli baju baru..” Jawab Alia ragu-ragu.

“Kita makan kat luar jelah, kan sebelum ni kita tak pernah makan kat luar berdua? Pasal baju tu abang cuma nak tengok isteri abang ni cantik pegi majlis tu nanti..biar semua orang yang pernah ejek sayang budak skema tu terbeliak tengok isteri abang yang cantik ni..” Sekali lagi Zarif memujuk isterinya.

“O..k..” Dengan ragu-ragu Alia memberi kata putus sambil menyambung kata-katanya dalam hati, “Mana dia tau budak-budak kat sekolah dulu panggil aku budak skema?”

~*~*~*~*~*~*~

Hari yang amat Alia geruni telah tiba. Dengan mengenakan busana Muslimah serba hitam, Alia memaksa dirinya untuk pergi ke majlis reunion tersebut bersama suaminya yang segak berbaju tuxedo serba putih mengikut tema acara itu, ‘Black and White’.

Sesampainya di sebuah tasik di belakang sekolah yang merupakan tempat majlis itu di adakan, jantung Alia semakin berdebar apabila Zarif memberi kad jemputan yang tertera namanya kepada penyambut tetamu sebagai tiket untuk mereka menyertai majlis tersebut.

“Alia Syafira binti Razali?” Tanya penyambut tetamu itu kehairanan.

“That’s my wife. Ada apa-apa masaalah ke?” Jawab Zarif dengan bangganya.

“You look totally different..and you Zarif bin Dato’ Zamri..husband Lia? Alia ni..Lia budak skema kan? Lia yang popular satu sekolah dengan cermin mata harry potter ngan rambut toncang dua tu kan?” Tanya penyambut tetamu yang juga merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.

“Yang berlalu tu biarlah menjadi sejarah Encik Zarul bin Haji Saadon. Inilah Alia binti Razali yang baru. Dah tak ingat warning dulu ke? Jangan sampai kau terbayang-bayang tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah bila si hodoh menjadi sang bidadari satu hari nanti. Sekarang dah terbukti yang Alia memang cantik dari azali lagi, cuma tiada yang memandangnya.” Sekali lagi Zarif mempertahankan isterinya.

“Er.. maafkan saya, silakan masuk. Lia, maaflah sebab dulu aku dah buli kau dan kata kau yang bukan-bukan.” Kesal Zarul yang merupakan salah seorang pengelola majlis tersebut.

“Jom sayang.” Ajak Zarif yang semakin erat memegang tangan isterinya yang sedari tadi terpaut di lengan kanannya.

“Jangan sampai kau terbayang-bayang tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah bila si hodoh menjadi sang bidadari satu hari nanti? Aku macam pernah dengar ayat tu..Zarif! Kenapa kau suka buat aku bertambah curious nak tau diri kau yang sebenarnya? Mana kau tau banyak pasal aku? Ya Allah, Kau berilah hamba-Mu ini petunjuk. Kau tunjukkanlah siapa sebenarnya suamiku ini Ya Allah.” Do’a Alia dalam hati.

“Sayang tunggu sini kejap ek? Abang nak pegi toilet kejap, tak lama..kejap jer..” Pesan Zarif sebelum meninggalkan Alia keseorangan di tengah-tengah orang ramai.

“Lia?” Tegur seorang wanita yang nampak kehairanan melihat Alia.

“Ya? Saya Alia..siapa yer? Maaflah, saya dah tak berapa ingat kawan-kawan lama saya..yelah kan? Semuanya dah berubah..susah nak pastikan siapa.” Jawab Alia lembut.

“Ini aku Izra..kawan baik kau dulu. Sampai hati kau kan? Habis belajar, kau chow macam tu jer..tak contact aku pun..pindah rumah sikit pun tak sound aku kan? Nasib baiklah aku terserempak ngan abang kau bulan lepas, dapatlah jugak aku alamat kau nak pos kad jemputan tu. Apa khabar kau sekarang? Betul kata Zarul, fizikal kau 100% dah berubah..kalau Zarul tak bagitau tadi memang aku tak cam kau tau?” Celoteh Izra panjang lebar.

“Alhamdulillah, aku ok jer. Sorrylah Izra..masa tu emergency, tak sempat nak inform kau yang aku nak pindah sebab ikut babah yang kena pindah tempat kerja..aku bukan sengaja tak nak contact kau, tapi kau taulah..belajar kat ‘U’ tu buat masa aku terisi dengan padat. Tapi bila aku dah try hubungi kau balik, number kau dah takde dalam perkhidmatan. Maafkan aku ek?” Balas Alia.

“Ye ke? Mati-mati aku ingatkan kau merajuk kat aku sebab dapat tau yang aku tak pernah bagi surat cinta kau kat abang senior merangkap ketua pengawas kita tu..maaflah Lia, aku tak pernah cakap kat kau yang aku pun suka kat dia masa tu..maaf gak sebab aku selalu tipu kau yang dia benci kat kau supaya kau berenti tulis surat kat dia..kau maafkan aku kan?”

“Mana ada aku merajuk pasal tu..tapi kau jangan risau, aku dah maafkan kau..dahlah Izra, tak payahlah kita ungkit cerita lama tu lagi..entah-entah dia dah jadi laki orang dah pun kan?”

“Hm..eh?! Kau dah kawin ke Lia? Inai merah lagi ni..baru lagi ke? Wah...! Ni cincin kahwin kau ke beb? Fuh..jelous plak aku tengok. Cantik tu..” Puji Izra.

“Alhamdulillah Izra, baru jer seminggu..bercinta lepas nikah, suami aku pun aku belum berapa nak kenal lagi Izra..” Jawab Alia.

“Assalamualaikum, seronok berbual?” Tegur Zarif yang sudah berada di sebelah kiri Alia.

“Wa’alaikumsalam..” Jawab kedua wanita itu serentak sbelum Izra menyambung katanya, “Eh?! Dah lama tak jumpa..I’m so sorry, I can’t come to your wedding last week..apa-apa pun tahniah ek? Wife tak datang sekali ke?”

Belum sempat Zarif menjawab soalan tersebut, Anas yang juga merupakan bekas pelajar merangkap bekas penolong pengawas sekolah itu telah meminta izin untuk meminjam Zarif buat sementara waktu.

“Untung bini dia kan Lia? Dahlah handsome, kaya, tegap, sweet plak tu kan? Tapi satu jelah kekurangan dia, susah nak senyum..terlebih tegas sangat, macam sombong pun ada gak. Kalau kau nak tau, inilah kali pertama aku tengok senyuman dia.”

“Hah?! Siapa dia tu?” Tanya Alia hairan.

“Kau biar betul wei? Takkan kau tak kenal dia? CEO Syarikat Zaaz Holding yang terkenal tu kau tak kenal?”

“Aku tau dia famous..tapi macam mana boleh kau kenal rapat ngan dia? Siap invite ke majlis wedding dia lagi..apa hubungan kau ngan dia?” Sekali lagi Alia bertanya memohon kepastian.

“Syarikat tempat aku bekerja tu selalu berurusan dengan syarikat dia..tu yang terapat tu. Tapi sirious ke kau dah lupa semua orang kat sekolah ni Lia? Lupa semua termasuk ex-crush kau Abang Arif tu? Sebab dia tau aku gaduh ngan kau dulu sampai-sampai kau berani mati, luahkan perasaan kau kat dia depan-depan. Tapi belum sempat dia balas kata cinta kau tu kau dah cabut dulu.”

“Hah?! Dia tu Abang Arif? Abang senior merangkap ketua pengawas sekolah kita dulu? Siriously, aku sikit pun tak cam dia Izra. Bagi aku kenangan kat sekolah ni macam kenangan pahit tau? Tu yang aku buang semua, sampai dia ngan kau pun aku susah nak cam. Tapi betul kan dia tu Abang Arif?”

“Apa kes kau nak tau sangat pasal dia ni Lia? Jangan kata kau nak teruskan misi kau nak pikat dia balik Lia..kau kena ingat, kau ngan dia sama-sama dah ada teman sebilik..” Pesan Izra.

“Er..bukan aku yang nak pikat dia Izra..tapi dia yang tengah dalam proses nak goda aku..” Ragu-ragu Alia membalas kata-kata Izra.

“Astaghfirullah al azim Lia..jangan nak buat fitnah sembarangan boleh tak? Aku ingatkan kau berubah kat luar, kat dalam ok lagi..rupanya kau tukar habis? Tak baik tau Lia..laki orang tu..”

“Wei! Kau dari dulu sampai sekarang otak kau memang tak pernah tukar speed ek? Slow habis..sekarang aku nak kau fikir, aku ngan dia sama-sama menamatkan zaman bujang kitorang minggu lepas, aku tak kenal langsung ngan dia sebab aku dah buang memori lama dan aku masih belum mengenali siapa suami aku tu. Jadi dah boleh tafsirkan kata-kata aku tadi? Dia yang cuba goda aku?” Terang Alia yang berharap Izra akan mengerti.

“Kau? Abang Arif? Husband and wife? Kau biar betul Lia? Setahu aku dia kawin ngan secratary dia..bukan Shasha ke?”

“Dato’ Zamri yang juga lebih mesra aku panggil abi dah pecat Shasha atas permintaan anak tunggal dia yang merupakan suami aku, Zarif. Aku yang ganti tempat dia..lepas tu baru seminggu kejer dia dah pinang aku nak buat bini. Aku ada gak terfikir, baru kenal seminggu tapi dia macam dah kenal aku lebih dari tu. Selalu aku tanya diri aku, siapa dia? Aku nak luahkan soalan tu tak pernah nak terluah. Sampailah hari ni baru aku dapat jawapannya.”

“Ok..aku dah faham, apa-apa pun aku ucapkan tahniah kat korang berdua. Tak sangka tercapai gak cinta kau kan? Sekarang aku dah tak heran kenapa dia terkenal dengan sifat berpendirian teguh dia tu. Kau nak tau? Lepas kau pindah dulu aku ada gak try dia, tapi dia kata apa tau? Soal hati dan perasaan ni bukan boleh buat main-main, kalau yang lama hilang, tak bermakna kita mesti ganti dengan yang lain semudah makan kacang. Manusia ni kalau tak usaha nak cari yang hilang tu, sampai bila-bila pun takkan pernah dapat balik..jadi usaha dulu sebelum mendapat pengesahan yang hilang tu takkan pernah kembali. Mendalam betul kata-kata tu kan Lia?” Ujar Izra.

~*~*~*~*~*~*~

Sepulangnya dari majlis tersebut, Alia terus menuju ke bilik peraduan mereka untuk mencari sesuatu. Setelah puas mencari, Alia pun berjaya mendapatkan sebuah kotak yang sememangnya menyimpan banyak kenangan sewaktu dirinya belajar di peringkat sekolah menengah.

“Dari tadi selongkar almari ni sayang cari benda ni ke?” Tanya Zarif sambil mengambiltempat di sebelah isterinya. “Cute kan budak skema ni? Dengan toncang dia..cermin mata bulat dia..lagi buat abang geram lesung pipit dia yang cuma ada sebelah tu..nampak unik sangat..”

“Kenapa abang tak pernah bagitau Lia yang abang dan Abang Arif tu orang yang sama?” Tanya Alia sambil mendaratkan kepalanya di bahu suaminya.

“Saja tak nak cakap..lagipun abang takut..nanti kalau abang bagitau, orang tu tak nak terima dan lari membawa diri lagi macam dulu. Abang siap buat niat tau bila dia hilang tanpa khabar, abang berniat tak kan tersenyum dan takkan kawin dengan orang lain selain dia..Alhamdulillah, akhirnya Allah temukan kita kembali kan? Bila dah dapat, tu yang abang terus terkam jer, takut ada yang nak sambar.”

“Bukan abang tak suka dengan budak skema ni ke dulu?” Tanya Alia menguji Zarif.

“Siapa cakap tak suka? Itulah..lain kali kalau dah confess depan-depan, kenalah ambil risiko tunggu jawapannya sekali..ini terus lari dengan andaian sendiri, tu sebablah abang hampir-hampir hilang fokus menjaankan tugas.” Jawab Zarif tenang.

“Maafkan Lia sebab jual mahal kat abang sepanjang perkahwinan kita ni..Lia janji takkan buat lagi dan Lia janji takkan pernah lupa siapa suami Lia ni lagi..” Sayu suara Lia memohon maaf sambil memeluk erat suaminya.

1 comment: