Wednesday, September 10, 2014

CERPEN: Semua Tentang Kita


Januari 2006.
“Hari pertama masuk sekolah..dah pandai membaca mengira..haha..apa yang aku merepek ni? Dah nama pun masuk sekolah menengah, mestilah dah pandai membaca mengira,” bicara Ad dalam hati sambil menyusun kerusi dan meja yang berada di kelas tersebut.

“Cantik..kat belakang dah siap, kita pindah ke depan plak.” Sambil beralih ke depan kelas.

“Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam,” jawab Ad sambil memalingkan wajahnya ke arah pintu. “Siapa plak mamat ni? Orang baru ke?” Tanya Ad di dalam hati.

“Ni kelas 5 Jim kan?”

“Betul lah ni kelas 5 Jim,” sambil mengerutkan dahinya tanda kehairanan melihat lelaki tersebut.

“Ada tempat duduk kosong lagi tak?”

“Amboi! Dia tanya macam nak check in hotel plak,” umpat Ad dalam hati. “ Kalau nak duduk depan, tempat kat barisan ni masih kosong.”

“Terima kasih,” sambil menuju ke arah meja yang di maksudkannya.


“Hm.. Nantilah aku interview dia,” bicara hatinya sambil meneruskan kerjanya yang terhenti kerana kehadiran pemuda tersebut.

~*~*~*~*~*~

Setelah Yat berpuas hati dengan kerjanya, dia pun mengerling sejenak pada jam di tangannya.

“Dah pukul 1.15petang. Mana diorang tak datang-datang ni? Gasak korang lah kan? Misi aku sekarang nak interview mamat baru tu. Chewah! Dah macam polis nak interview penjenayah plak,” bisik hatinya sambil menghampiri lelaki yang baru masuk ke kelas itu sebentar tadi.

Sambil menarik kerusi di depan lelaki itu, Ad pun menegurnya yang sedang sibuk menulis sesuatu pada sebuah buku, “Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam,” jawabnya sambil menyimpan buku tersebut ke dalam laci mejanya.

“Awak orang baru ek? Dah 3 hari saya belajar kat kelas ni, tapi tak pernah nampak awak pun?”

“Saya memang orang baru. Baru mula sekolah agama kat sini.”

“Oh! Patutlah baru pernah nampak. Nama awak apa ek?”

“Saya Ahmad Rayyan Hasif bin Haji Hussain. Panggil Rayyan pun dah cukup. Awak?”

“Rayyan..saya Adriana Jasmine. Kat sekolah orang biasa panggil Adriana atau Ana jer. Tapi kengkadang tu ada gak yang panggil Jasmine.”

“Dah tu nak panggil apa?”

“Apa-apa pun boleh..selagi nama tu nama saya, saya ok jer..”

“Kalau macam tu saya panggil awak Ad boleh?”

“Boleh jer,” sambil melemparkan senyuman manis buat Rayyan. “Oh! Lupa nak tanya, awak bukan asal sini ek?”

“Mana tau?”

“Dari bahasa yang awak guna tu semua orang pun boleh agak yang Rayyan bukan orang sini. So? Malaysia or Singapore?”

“Perak, Malaysia. Tapi abah orang sini. Kat Ipoh, Perak tu kampung ibu. Ad orang mana?”

“Saya memang orang sini..”

“Ye ke? Tapi gaya bicara Ad macam bukan orang sini jer?”

“Saya cakap macam ni sebab saya takut awak tak faham bila saya guna bahasa Brunei...”

“O..k..Ingatkan Ad bukan orang sini..fasih betul Ad berkata-kata. Sikit pun tak bunyi macam orang sini.”

“Biasa tengok drama Melayu, tu yang fasih tu.”

Sambil menunggu rakan-rakan yang lain datang, mereka pun berbual-bual kosong mengenai diri masing-masing.

~*~*~*~*~*~

Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat. Ad mengemas mejanya sebelum pergi ke kantin. Selesai mengemas dan memeriksa jumlah bilangan buku-buku tersebut, Ad pun berkira-kira untuk keluar. Namun baru beberapa langkah menuju ke pintu, perhatiannya tertarik untuk melihat Rayyan yang sedari tadi asyik sibuk menulis di tempat duduknya.

“Apsal dia diam jer dari tadi? Dah tu dari mula datang tadi dia langsung tak pernah nak senyum. Diorang pun satu, takde pun nak tegur dia. Kesian plak aku tengok dia sensorang. Tapi dia pun satu, cubalah bergaul dengan yang lain. Ni tak, asyik nak menyendiri jer. Hish! Apalah kau ni, dia buat macam tu mesti ada alasan, yang kau sibuk apsal? Biarlah dia dengan hal dia. Lagipun kau pun bukan peramah sangat, kat kelas pagi pun kau cuma kenal dua orang jer, yang lain buat derk je kan? Haha..mengutuk orang konon..kau pun samalah Adriana oi..” bisik hati Ad.

~*~*~*~*~*~

Selepas membeli minuman di kantin, Ad pun masuk ke kelas dan terus menuju ke meja Rayyan yang berjarak sebuah meja di kiri mejanya. “Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam,” menyimpan buku yang di tulisnya ke dalam laci meja.

“Sibuk?” sambil menarik kerusi dan duduk di hadapan Rayyan.

“Takdelah, tak sibuk pun.”

“Saya ada belikan minuman. Tapi tak taulah awak pandai minum ke tak.”

Menyambut tin minuman yang di hulur oleh Ad. “Terima kasih.”

“Pandai minum tak? Kalau tak saya boleh pegi ganti kat kantin.”

“Eh! Takpe. Saya pandai minum minuman ni. Ad beli minuman ni berapa ringgit ek? Saya nak ganti.”

“Eh! Takpe..saya belanja sebagai tanda perkenalan kita. Harap-harap lepas ni kita boleh jadi kawan rapat,” sambil tersenyum manis.

“Insyaallah.”

“Erm..maaflah kalau saya tanya, bukan saya nak masuk campur urusan awak, tapi saya cuma nak tau jer. Kenapa awak tak lepak dengan budak lelaki yang lain?”

“Saya tak biasa. Lagipun saya lebih suka menyendiri..kalau boleh saya tak nak orang tau kehadiran saya. Biarlah orang anggap saya macam-macam, yang penting saya tak nak orang lain susah pasal saya.”

“Apa ke pelik jawapan dia ni? Apa maksud yang dia cuba sampaikan sebenarnya? Lantak kau lah Rayyan..” bisik hati Ad.

~*~*~*~*~*~

Sudah 2 minggu Ad mengenali Rayyan dan hubungan mereka semakin hari semakin rapat, panggilan ‘saya-awak’ pun sudah bertukar kepada ‘Ad’ dan ‘Yan’. Namun serapat mana pun mereka, sekali pun Ad tidak pernah melihat bibir Rayyan mengukir sebuah senyuman. Walaupun begitu Ad senang berkawan dengan Rayyan dan tetap berusaha untuk membuat Rayyan tersenyum.

“Assalamualaikum Yan..awal datang  hari ni?” seperti biasa Ad duduk di kerusi di hadapan Rayyan.

“Wa’alaikumsalam. Abah hantar awal tadi..sebab kena pegi appointment awal.”

“Ok..”

“Ad tak rasa Yan ni membosankan ke?”

“Tak..sikit pun tak. Ad lagi bersyukur dapat sahabat sebaik Yan tau?”

“Yan rasa terharu plak dengar Ad cakap macam tu. Tak sangka Ad sudi jadi kawan Yan dan sudi jadikan Yan ni sebagai sahabat Ad,” sambil tersenyum ikhlas.

“Yan senyum? Comel..dah lama Ad nak tengok Yan senyum..kan bagus kalau senyuman tu selalu terukir di bibir Yan?” sambil membalas senyuman Rayyan.

“Untuk sahabat Yan yang bernama Adriana Jasmine ni, Insyaallah Yan akan cuba untuk sentiasa tersenyum.”

~*~*~*~*~*~

Seminggu berlalu semenjak hari itu, senyuman tidak lekang dari bibir Ahmad Rayyan Hasif buat sahabatnya Adriana Jasmine seperti yang telah di janjikannya. Perubahan itu sudah cukup membuat Ad senang dan menjadi semakin rapat dengan Rayyan sehinggalah suatu hari ketika Ad sedang duduk termenung seorang diri di dalam kelas.

“Assalamualaikum,” tegur Rayyan sambil menarik kerusi di hadapan meja Ad.

“Eh! Wa’alaikumsalam. Bila Yan sampai? Tak perasan pun?”

“Nak perasan macam mana kalau Ad asyik termenung jauh? Yan bagi salam masa masuk kelas tadi pun Ad tak jawab.”

“Ye ke? Maaflah, Ad tak sedar.”

“Kenapa ni? Ad ada masaalah ke? Cuba cerita kat Yan.”

“Takde apa..”

“Ad tak payah nak tipu Yan..Yan tau Ad tengah ada masaalah..ke Ad tak percaya kat Yan?”

“Bukan macam tu..”

“Habis tu? Cerita jer..sahabat sejati tak pernah berahsia tau? Walaupun perkara sebesar zarah, mereka akan tetap berkongsi. Jadi terpulanglah pada Ad.”

“Yan ingat lagi adik angkat Ad yang Ad pernah cerita tu?”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia dah takde Yan. Dah seminggu tak dengar khabar dia, baru sekarang Ad tau dia dah pegi. Kenapa Yan? Kenapa semua orang yang rapat dengan Ad mesti pergi? Kenapa mereka yang Ad sayang harus pergi tinggalkan Ad? Atuk, sahabat Ad, dan sekarang adik angkat Ad. Lepas ni siapa? Yan tau tak? Kadang-kadang Ad rasa Ad ni pembawa sial.” Menitiskan air matanya.

“Tak elok Ad cakap macam tu..tu semua kebetulan jer..Allah temukan mereka semua dengan Ad sebab Allah tau Ad mampu bahagiakan mereka dan Allah tau Ad kuat untuk menghadapi dugaan kehilangan mereka. Lagipun mereka pegi bukan kerana Ad..atuk meninggal kerana sakit jantung, Nia pegi sebab leukimia, Ameer pun pegi sebab sakit kan?”

“Barah otak. Ameer menghidap barah otak tahap akhir.”

“Barah otak? Er..Ad tak payahlah sedih-sedih lagi..biarlah mereka tenang kat sana. Nanti kalau Yan pegi Ad jangan sedih-sedih macam ni tau? Nanti Yan rasa tak tenang plak.” sambil tersenyum. “Dahlah, jom kita pegi bumbung, hari ni Yan ada bawak roti telur macam biasa. Lepas makan nanti kita balik sini semula sebelum solat Zohor berjemaah. Jom.” Keluar dari kelas.

“Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan buatku seorang sahabat sesempurna Rayyan,” Bisik Ad dalam hati sambil menyeka air matanya dan mengikuti langkah Rayyan.

~*~*~*~*~*~

Petang itu ketika perjumpaan ibu-bapa sedang giat di jalankan bagi pelajar-pelajar yang bersekolah agama sebelah petang di sekolah tersebut, Ad telah bertemu dengan ayah dan adik kepada Rayyan.

“Assalamualaikum Yan.”

“Wa’alaikumsalam, Ad..parents Ad mana?”

“Baru jer pegi..kalau Yan datang 10 minit lebih awal tentu sempat nak jumpa diorang..”

“Ye ke? Takpelah. Oh yer! Ad, ni abah ngan adik Yan yang sekolah kat sekolah Arab tu, Haji Hussain dan Ahmad Darwish Hafis. Abah, ni lah sahabat Yan yang selalu Yan ceritakan tu.”

“Apa khabar uncle?” sambil tersenyum.

“Panggil abah jer. Semua sahabat-sahabat anak-anak abah dah abah anggap macam anak sendiri,” arah ayah Rayyan sambil tersenyum melihat Ad.

“Takpe ke?”

“Takpe..”

“Oklah Ad, Yan nak bawak abah jumpa cikgu dulu ek? Ad berbual lah dengan Darwish dulu, nanti kita jumpa kalau sempat ek?” Berlalu pergi bersama abahnya menuju ke dalam kelas.

Selang beberapa buah kelas di luar kelas yang di masuki Rayyan dan abahnya tersebut, Ad dan Darwish mengambil kesempatan untuk berbual.

“Ad ikhlas kawan dengan Abang Yan?” tanya Darwish yang selalu meragui keikhlasan hati Ad bersahabat dengan abangnya sejak dari awal perkenalan abangnya dan Ad.

“Ya..saya ikhlas berkawan dengan Yan..” menaikkan keningnya tanda kurang memahami tujuan Darwish mengajukan soalan itu padanya.

“Bukan kerana rupa abang yang kacak atau kerana simpati? Atau..kerana harta dan sebab lain mungkin?” masih kurang berpuas hati dengan jawapan Ad yang di sangkanya hanya sebuah kebohongan untuk menutupi ketidak ikhlasannya.

“Apa hal lah mamat ni tanya yang bukan-bukan kat aku ni? Aku ada buat salah apa?” keluh Ad dalam hati sebelum menjawab pertanyaan Darwish. “Maafkan saya Encik Ahmad Darwish Hafis, kalaulah betul saya berkawan dengan Yan sebab rupa, lebih banyak yang lagi kacak dari dia. Kerana harta? Masih ada yang lebih kaya dari dia..saya tak pandang semua tu..dan kerana simpati? Untuk apa saya perlu bersimpati pada Rayyan yang sempurna kejadiannya? Tiada sebab untuk saya melakukannya.”

“Don’t you know yang selama ni Abang Yan..” belum sempat Darwish melanjutkan kata-katanya, Rayyan dan abahnya datang menegur mereka.

“Hai..! Seronok berbual? Apa yang di bualkan tu?” sapa Haji Hussain.

“Takdelah abah..bual kosong jer..” dalih Darwish sambil tersenyum.

“Abah, Wish, kenal-kenallah dengan Ad dulu ek? Yan nak ke tandas sekejap.”

“Abang ok? Nak Wish temankan tak?” menunjukkan riak risau di wajahnya.

“Takpelah Wish. Abang ok..cuma rasa nak muntah jer..kejap lagi abang datang balik.” Berlari menuju ke tandas.

Ad masih kehairanan dengan kata-kata Darwish yang masih tergantung. Ingin saja rasanya Ad memaksa Darwish untuk meneruskan kata-katanya, namun dia tetap menahan keinginannya kerana kehadiran Haji Hussain di antara mereka.

“Terima kasih Ad,” kata Haji Hussain menghentikan lamunan Ad.

“Terima kasih? Untuk apa?”

“Terima kasih sebab Ad dah mengembalikan  senyuman anak abah, Rayyan yang dah lama hilang.”

“Maaflah kalau Ad tanya, Ad cuma nak tau jer. Apa sebenarnya yang berlaku? Ada apa dengan Rayyan? Ad tak faham.” Mengerutkan dahinya tanda kebingungan.

“Mungkin Rayyan tak pernah cerita pada Ad. Abah sebenarnya menghidap barah hati sejak beberapa tahun yang lepas. Doktor kata abah mungkin tak ada peluang untuk terus bertahan tapi abah bernasib baik kerana masih berkesempatan untuk menjalani rawatan. Satu hari masa Yan dan Wish temankan abah menjalani rawatan, Yan mengalami sakit kepala yang teruk. Mujur masa tu kami sudah tiba di hospital. Selepas doktor yang merawat abah memeriksa keadaan Rayyan barulah kami tahu yang genetik cancer tu dah menurun pada Rayyan. Sejak Rayyan mengetahui yang dia menghidap barah otak yang agak kronik dan mempunyai peluang yang tipis untuk terus hidup, dia jadi pendiam dan seorang yang pemurung. Dah hampir setahun kami kehilangan senyuman tu, tapi Alhamdulillah setelah mengenali Ad, senyuman tu kembali terukir di bibir Rayyan. Terima kasih sekali lagi abah ucapkan.”

Tanpa di sedari, air mata Ad jatuh membasahi pipi ketika mendengar sebuah kebenaran mengenai sahabatnya itu. Sekarang sudah terjawab kenapa Rayyan sentiasa menyebut soal mati dan mengapa wajah Rayyan selalu kelihatan pucat serta kelihtan seperti sedang menahan kesakitan.

“Yan tak menjalani apa-apa rawatan?” soal Ad sambil menahan sendu tangisnya.

“Abang Yan tak nak jalani rawatan sebab dia takut ibu tau tentang penyakit dia. Kalau boleh Abang Yan tak nak sapa pun tau pasal hal ni.”

“Tapi mengapa abah dan Wish bagitau semua ni pada Ad?”

“Sebab abah rasa Ad perlu tau pasal hal ni. Sebab abah dah tak lama lagi, abah rasa Ad saja yang mampu untuk memberi Yan semangat selepas abah pegi nanti. Ad janji pada abah untuk terus membuat Yan tersenyum?”

“Insyaallah bah, Ad cuba.” Tesenyum dalam tangisannya.

“Dah, jangan nangis, nanti Yan nampak apa pula kata dia. Ad kena kuat.” Tersenyum sambil menggosok perlahan kepala Ad yang di tutupi dengan tudung sekolah.

~*~*~*~*~*~

Keesokan harinya sewaktu Ad dan Rayyan sedang menjamah roti telur kegemaran Rayyan di bumbung sekolah seperti kebiasaannya sambil di temani oleh Darwish yang kebetulan baru pulang dari sekolahnya tengahari itu. Ad memandang wajah sahabatnya yang belum sampai setahun di kenalinya itu sambil membayangkan harinya bila kehilangan Rayyan.

“Kenapa Ad tak makan? Dah bosan makan roti telur ek? Nak Yan tolong belikan makanan lain kat kantin ke?”

“Apa Yan akan rasa bila Yan kehilangan seorang sahabat yang betul-betul memahami Yan? Kehilangan seorang sahabat yang paling Yan sayang? Dan apa yang Yan rasa bila seorang sahabat yang Yan percayai menyembunyikan sebuah rahsia yang sangat besar dari Yan?” manahan air matanya dari jatuh membasahi pipinya.

“Kenapa Ad tanya macam tu?” terkejut dengan pertanyaan Ad yang kedengaran seperti menyindirnya.

“Kenapa Yan perlu sembunyikan perkara ni dari Ad? Kenapa Yan tak bagi tau pasal penyakit Yan?”

“Sebab Yan tak nak tengok orang yang Yan sayang menangis sebab Yan. Yan tak sanggup tengok air mata yang jatuh kerana Yan. Kerana air mata tu buat Yan rasa lemah. Sebab air mata tu buat Yan rasa tersiksa. Yan sayang Ad, Yan tak nak Ad menangis sebab Yan. Please Ad? Jangan menangis lagi?”

“Ad tak sangka Yan sanggup sembunyikan semua ni dari Ad. Yan kata sahabat sejati tak pernah sembunyikan apa-apa dari sahabatnya walaupun rahsia yang sebesar zarah sekalipun dia akan tetap kongsi bersama.”

“Bukan Yan..” belum sempat Rayyan meneruskan kata-katanya, tiba-tiba Rayyan merasakan dadanya sesak dan kepalanya berdenyut kuat. Sambil memegang kepalanya, Rayyan melepaskan batuknya yang tertahan-tahan.

“Abang!” “Rayyan!” teriak Ad dan Darwish hampir serentak sambil meluru ke arah Rayyan yang sudah terduduk di lantai bumbung tersebut. Air mata Ad yang memang sedia mengalir semakin galak jatuh dari tubir matanya melihat keadaan sahabatnya.

“Abang..abang ok ke?” menyuakan beberapa biji ubat yang baru di ambilnya dari beg sekolah Rayyan ke mulut abangnya.

“Abang ok..” mencuba menahan batuknya namun terlepas jua bersama darah yang keluar dari mulutnya.

“Abang..Wish call abah kita pegi hospital ek?” dengan nada risaunya sambil melap bibir Rayyan yang di lumuri darah.

“Tak payahlah..kesian plak ibu drive ulang alik dari hospital nak ambil kita pastu pegi hospital balik..lepas berehat kat rumah nanti baiklah tu..”

“Ad minta maaf kalau Ad buat Yan tertekan tadi..Ad cuma takut kehilangan sahabat terbaik Ad..”

“Takpe..tapi Ad kena janji jangan menangis lagi ek?”

“Ad janji..tapi Yan kena janji dekat Ad yang Yan akan bagitau dekat ibu Yan pasal penyakit Yan tu. Ibu Yan perlu tau pasal hal ni.”

“Yan janji.”

~*~*~*~*~*~*~

Hampir 3 bulan peristiwa itu berlaku, Ad mencuba untuk bertindak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Sehinggalah Yan memberitahunya bahawa abahnya telah kembali ke rahmatullah dan Rayyan berserta keluarganya ingin berpindah ke kampung kelahiran ibunya di Ipoh, Perak. Walaupun berjauhan, mereka masih berhubung melalui e-mail dan telefon.

~*~*~*~*~*~

9 Mac 2012, Ad mendapat panggilan telefon dari Darwish yang menyampaikan khabar mengenai Rayyan yang sedang koma.

Malam 16 Mac 2012, Ad telah mendapat khabar mengenai Rayyan yang sudah sedar dari koma. Ad juga sempat berbual bersama Rayyan yang berjanji ingin menemuinya di Brunei pada Hari Jadi Rayyan yang ke-19 pada 21 Mac 2012.

Pukul 8 pagi, 17 Mac 2012, sekali lagi Ad di kejutkan dengan sebuah panggilan dari ibu kepada Rayyan yang menyatakan sahabatnya, Ahmad Rayyan Hasif bin Haji Hussain telah pergi buat selamanya pada pukul 3 pagi sebelum sempat menjalani pembedahan.

Selamat jalan sahabat. Terima kasih kerana telah hadir di dalam hidupku walau hanya untuk sementara. Terima kasih juga kerana membenarkan aku untuk menyimpan semua memori tentang kita. Semoga Yan tenang di sana dan Insyaallah aku takkan lupa pesan darimu yang menginginkan hadiah bacaan Yaasin pada Hari Jadi mu setiap tahun. Al-Fatihah..


P/S: Kisah ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri tanpa ditambah atau dikurangkan. Al-Fatihah buatmu sahabat.

4 comments:

  1. Takziah awam tapi awak patut bersyukur sebab dapat sahabat sebaik Rayyan.saya pun pernah impikan sahabat sedemikian namun Masih tak ada rezeki.kalau saya jd awak sy syukur sebab akhir hidup dia sy dapat bahagiakan dia especially kembalikan senyuman dia yang dah lama hilang

    ReplyDelete
  2. Takziah awam tapi awak patut bersyukur sebab dapat sahabat sebaik Rayyan.saya pun pernah impikan sahabat sedemikian namun Masih tak ada rezeki.kalau saya jd awak sy syukur sebab akhir hidup dia sy dapat bahagiakan dia especially kembalikan senyuman dia yang dah lama hilang

    ReplyDelete
  3. 😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  4. Takziah..and bertabahla..
    Semoga arwah tenang disana..
    Awak kena kuat..ada banyak lagi dugaan lain ..awak bertuah dpt sahabat mcm arwah..sebb awak setia berkawan gn dia bukan kerana harta or rupa..tpi keikhlasan awak nk berkawan..alfatihah..

    ReplyDelete